
Siapa yang tidak kenal dengan Qadejah El Zahra, anak kedua kepada pasangan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Walaupun baru meningkat remaja, Qadejah sudah menunjukkan potensi besar dalam dunia perniagaan, sama seperti bapanya.
Dalam satu temubual eksklusif bersama Remaja, Datin Shahida berkongsi sisi peribadi anak gadisnya yang kini semakin menyerlah dari hari ke hari.
BACA LAGI: “Saya Rasa Tercabar, Tapi…” -Qadejah Bersaing Lagu Raya Dengan Aliff Syukri?
“Qadejah ini saya nampak dia ada kelebihan dan gifted.
“Saya lihat dia ini mewarisi bapa dan neneknya dalam berniaga, pandai bercakap,” ujar Datin Shahida.
Namun sebagai seorang ibu, Datin Shahida tidak menafikan bahawa dia turut menyimpan sedikit kerisauan terhadap perubahan sikap Qadejah apabila menerima terlalu banyak pujian daripada orang sekeliling.
“Tapi saya juga ada sedikit kerisauan kepada dia apabila ramai yang memuji, dia rasa bangga dan tak boleh kena tegur.
“Jadi saya selalu ingatkan dan tegur dia di rumah, lebih-lebih lagi dia sekarang telah meningkat remaja,” tambahnya lagi.
Menurut Datin Shahida, Qadejah kini semakin menunjukkan minat dalam dunia hiburan, malah tidak kekok berada di set penggambaran.
“Sebenarnya sekarang ini saya mula nampak dia sudah mengikut jejak langkah bapanya.
“Dia mula enjoy apabila pergi rakaman, pergi set pengambaran. Saya rasa bangga jugalah dengan dia,” jelasnya.
Bagi Datin Shahida, apa yang paling utama adalah memastikan anak-anaknya bersedia meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dibina sejak awal.
“Sebagai ibu, saya memang mengharapkan anak-anak saya ini berjaya dalam dunia perniagaan dan dapat menyambung legasi perniagaan kami.
“Kerana perniagaan kami ini, saya bermula daripada bawah. Jadi saya harap mereka adik-beradik dapat menerajui bisnes kami pada masa akan datang,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.