Qasrina Karim antara nama selebriti muda yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan. Beliau bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana keperibadian yang menarik.
Mempunyai arah kacukan Melayu dan Irish. Beliau dikenali dengan lesung pipit dan senyumannya yang manis.
Beauty with brain, si cantik ini juga pemegang segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Miliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
‘Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.’ ujarnya.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
‘Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat’
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
‘Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri’
Wajahnya yang seiras dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.Qasrina Karim adalah contoh terbaik seorang selebriti muda yang berjaya dalam karier dan kehidupan peribadi.
BACA LAGI : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor
Sumber gambar: Instagram Qasrin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.