Jika sebelum ini Qatar telah melarang hubungan seks tanpa ikatan sah ke atas pemain dan penyokong Piala Dunia 2022, terbaharu negara itu juga turut melarang penjualan alkohol semasa perlawanan sedang berlangsung.
Menurut Reuters, mereka hanya membenarkan bir dijual di luar stadium sebelum dan selepas perlawanan. Piala Dunia tahun ini adalah yang pertama dianjurkan oleh negara Islam dengan kawalan ketat terhadap alkohol dan ini memberikan cabaran buat penganjur yang sering dikaitkan dengan minum beralkohol sebagai rakan penaja.
Dianggarkan seramai 1.2 juta peminat bola sepak yang kebanyakannya sudah terbiasa minum bir pada hari perlawan bola sepak. Hal ini pernah menjadi isu pada Piala Dunia 2014 apabila Brazil menarik balik larangan alkohol di stadium selepas tekanan yang diberikan oleh FIFA.
Walau bagaimanapun, penonton Piala Dunia 2022 masih boleh membeli bir pada waktu terhad di bahagian zon peminat utama FIFA iaitu di taman Al Bidda di Doha, ibu negara Qatar.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.