Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut tercapai pada usia 16 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Christie Berjaya Miliki Kereta Kedua Pada Usia 24 Tahun!
Menurut Qistina, pembelian kereta pertama ini adalah pencapaian yang amat bermakna, terutamanya kerana sepanjang perjalanan karier lakonannya, dia sering bergerak ke lokasi penggambaran menggunakan kereta Proton Exora milik ibu tersayangnya.
Namun, aktres muda ini tidak merasa malu walaupun terpaksa menggunakan kereta yang bukan dalam kategori mewah.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap, ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap ini dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga,” kongsi Qistina di hantaran terbaharu di Instagram.
Tambahnya lagi, dia turut merasa bangga kerana dapat membeli kereta tersebut sendiri pada usia muda.
Pada masa sama, Qistina turut menzahirkan penghargaan kepada kedua orang tuanya atas sokongan mereka yang tidak putus-putus.
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri.
“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” katanya penuh rasa syukur.
Perkongsian tersebut telah mendapat sambutan hangat di media sosial dengan lebih 27,000 tanda suka selain pelbagai kata-kata semangat daripada peminat dan rakan-rakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?