Selepas mencipta fenomena besar di Indonesia, Qodrat 2 kini bersedia untuk ‘menyihir’ penonton Malaysia pula! Filem seram aksi ini akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 April 2024, hasil kerjasama hebat antara pelbagai produksi termasuk Astro Shaw.
Kalau korang masih ingat, Qodrat pertama dulu memang ‘meletup’, dan kali ini, sekuelnya tampil dengan skala yang jauh lebih besar. Bukan setakat seram, Qodrat 2 bawa gabungan aksi, thriller, elemen keagamaan dan juga sentuhan superhero yang buatkan ia berbeza daripada filem-filem seram klise yang lain.
Berbeza dengan filem pertama yang lebih fokus kepada kejatuhan iman Ustaz Qodrat selepas kehilangan anak, kali ini kita dibawa melihat dari perspektif Azizah, isterinya. Watak ini dilakonkan dengan penuh emosi oleh Acha Septriasa, yang kembali ke layar perak selepas lama menyepi.
Azizah dalam keadaan tertekan, sampai sanggup menyerahkan keimanannya kepada iblis Asu’ala demi menyelamatkan anak mereka. Bila dia mula bekerja di sebuah kilang fabrik misteri selepas keluar dari hospital mental, Ustaz Qodrat nekad nak ‘tarik’ semula isterinya dari cengkaman syaitan.
Menariknya, tiada ‘jumpscare’ murahan. Sebaliknya, filem ini buat korang tak berkelip dengan babak pertarungan, efek khas yang real gila, dan hubungan emosi yang menyentuh hati antara dua watak utama—dilakonkan oleh gandingan ‘legend’ Acha Septriasa dan Vino G. Bastian yang kembali selepas 17 tahun!
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Qodrat 2, filem ini bawakan satu aras baru dalam genre seram:
“Penceritaan yang dipersembahkan tidak bergantung semata-mata pada elemen seram dan kejutan, tetapi diseimbangkan dengan adegan aksi ala superhero, emosi dan unsur agama…”
Astro Shaw juga bangga dapat bekerjasama semula dengan MAGMA Entertainment dalam meneruskan legasi Qodrat dan komited untuk terus memperkukuh kolaborasi rentas negara.
“Qodrat 2 bukan hanya lanjutan dari filem seram yang mempunyai unsur agama paling berjaya di Indonesia, tetapi juga memberi penonton sebuah pengalaman spiritual dan sinematik yang lebih dalam dan besar,”
Kalau korang peminat filem seram yang ada ‘isi’ dan bukan sekadar nak bagi korang melatah seminit sekali, Qodrat 2 adalah filem wajib tonton tahun ni!
Saksikan Qodrat 2 di pawagam bermula 17 April ini. Jangan lupa gunakan #Qodrat #FilmQodrat2 #Qodrat2MY kat media sosial lepas tengok nanti, okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.