Pelakon dan pengarah, Que Haidar mengesahkan bahawa dia dan bekas isterinya, Linda Jasmine, telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu setelah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Menerusi laporan media tempatan, Que Haidar tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca perceraian tersebut, namun dia menegaskan bahawa mereka masih mengekalkan hubungan baik.
“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.
“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” katanya.
Ads
Pelakon filem popular Rock Oo! ini memilih untuk merahsiakan berita penceraian tersebut, berpendapat tiada keperluan untuk menghebohkan perkara peribadi itu.
“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk diuar-uarkan.
“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. la merupakan kata sepakat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Que juga memaklumkan bahawa anak-anaknya menerima berita penceraian itu dengan baik.
Ads
“Anak-anak juga terima dengan matang. Doa yang baik-baik. Kami masih sokong sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Untuk makluman, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan tersebut menerusi akaun Instagram.
“Hati yang berdarah!
“Alhamdulillah, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan video muzik SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba Aina sampaikan,” tulisnya lagi.
Ada yang berpendapat, bulan puasa merupakan ‘pesta makanan’ buat mereka, kerana lambakan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah membuatkan ramai rambang mata sebab tak tahu nak makan apa.
Tapi dalam masa yang sama, orang-orang ni juga la yang berazam nak turunkan berat badan time puasa. Acaner tu?
Korang tahu tak sebenarnya pemilihan makanan ketika sahur dan berbuka tu boleh mempengaruhi berat badan? Makanan yang dipilih akan menentukan sama ada berat badan turun atau makin naik.
Jadi kalau tak nak tersasar daripada landasan, apa kata korang ikut tiga langkah mudah yang boleh diamalkan untuk elak terlebih makan semasa berbuka puasa, sekali gus dapat menurunkan berat badan.
1. Berbuka dengan buah-buahan
Mulakan berbuka dengan kurma, buah-buahan atau jus buah yang dihasilkan sendiri tanpa tambahan gula.
Jus buah tidak perlu ditambah dengan gula kerana kandungan gula dalam buah itu sendiri dah cukup untuk keperluan badan kita.
2. Terus kepada ‘main course’
Lepas menjamah buah-buahan/jus, teruskan kepada hidangan utama iaitu sajian yang lengkap dengan nutrisi seperti serat, protein dan karbohidrat. Contohnya, nasi, lauk dan sayur.
Dalam penyediaan hidangan utama ni, paling penting adalah kualiti dan kuantiti. Pasti kan sajian yang disediakan kurang lemak, minyak, garam, gula dan tidak menggunakan bahan MSG iaitu perasa tambahan.
Pengiraan kalori juga penting dalam memastikan kuantiti makanan yang diambil mencukupi untuk keperluan badan.
3. Pencuci mulut
Kuih muih atau manisan seeloknya diambil ketika perut sudah diisi dan ketika kenyang, iaitu selepas mengambil hidangan utama kerana dengan cara ini korang bolehlah kurangkan sikit pengambilan makanan manis.
Selain itu, ini juga dapat mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan ketika berbuka puasa walaupun bersaiz kecil tapi kebanyakan kuih-muih berkalori tinggi.
Penyanyi Nabila Razali dan perancangan gimik setiap kali ingin meluncurkan lagu baharu sememang tidak dapat dipisahkan.
Setelah berjaya ‘memperdayakan’ seluruh Malaysia menerusi klip acah (teaser) Pematah Hati pada tahun 2017 di mana Nabila tampil dalam tangisan air mata setelah ‘ditipu’ oleh bekas kekasihnya, Nabila seakan selesa untuk mengutarakan jalan cerita tertentu setiap kali tampil dengan naskah baharu.
Nabila kembali mendaki carta populariti menerusi Peluang Kedua pada tahun 2020 yang menjadi siulan ramai sepanjang tahun itu sehingga menempah tempat di pentas Anugerah Juara Lagu.
Single Putus yang menceritakan mengenai kisah ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita pada tahun 2021 meneruskan elemen episod cinta tragis sebagai elemen penting dalam gubahan lagu Nabila Razali.
Justeru apabila Nabila tampil dengan single Aku Terluka ciptaan Amylea Azizan dan MFMF pada minggu ini, peminat dan pemerhati muzik tempatan seakan sudah boleh membaca gimik yang dirancang Nabila.
Kesemua foto-foto lama di akaun Instagram-nya dipadamkan dan hanya foto acah ‘majlis perkahwinan di tepi pantai’ yang menghiasi ruangan akaun.
Namun kata Nabila, foto perkahwinan bersama MK K-Clique yang dipaparkan dalam video muzik tersebut bukanlah sekadar gimik kosong yang dilihat sudah menjadi rencah promosi karya Nabila Razali. Sebaliknya, ia adalah iklan acah untuk lagu tersebut dan dia tidak berniat untuk mencipta gimik.
“Bagi saya, apa yang saya muat naik di Instagram hanyalah teaser untuk lagu baru saya. Semua foto itu memang ada dalam video muzik itu.
“Tindakan membuang foto-foto lain di Instagram (adalah) supaya follower fokus dan sedar saya akan mempromosi sesuatu produk.
“Tiada niatpun untuk melakukan gimik. Saya cuma mahu orang berteka-teki dengan kemunculan lagu-lagu baru saya,” ulas penyanyi berusia 30 tahun itu.
Tambah Nabila sewaktu ditemui di sidang media tersebut lagi, Aku Terluka merupakan kesinambungan jalan cerita daripada single Peluang Kedua. Malah disebabkan itu jugalah, MK dikekalkan sebagai pasangannya dalam video muzik Aku Terluka.
“Saya sekali lagi mengajak MK untuk terlibat sama bagi menutup ‘percintaan’ kami dalam lagi Aku Terluka.
“Dalam video muzik ini, apa yang perlu dijelaskan daripada kisah lalu semuanya ada di dalamnya,” kata Nabila.
Menghampir 40 jam selepas video muzik ini menemui peminat di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment, ia sudahpun mencatatkan jumlah tontonan sekerap 167,000 kali serta 950 komen.
Tinjauan REMAJA pada ruang komen rata-rata menemui respon balas positif daripada peminatnya yang memuji kualiti lagu, teknik nyanyian serta nilai estetika video muzik Aku Terluka.
“Cantiknya music video ni. Nabila pun cantik juga dalam ni woi..”
“Apasal aku nangis tengok MV ni. Best la Kak Nabb!”
“Mula-mula nampak biasa je lagu ni. Tapi kalau dengar ulang-ulang baru dapat tangkap feel tu.. best okay!”
“I am falling in love dengan gandingan diorang berdua ini. Memang mantap memang padu.”
Tahniah Nabila! Sekali lagi, penantian peminat selama setahun bagi menunggu lagu terbaru daripadanya nyata berbaloi memandangkan Nabila dan pasukannya memilih untuk merancang segalanya dengan teliti hingga mencapai kualiti sebegini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi dan ikon fesyen terkenal Korea Selatan, G-Dragon kembali mencuri perhatian peminat apabila tampil dengan gaya ‘airport look’ yang sememangnya tampak berani dan...