Berita

Que Haidar & Linda Jasmine Sah Cerai Talak Satu Selepas 15 Tahun Berumah Tangga

Share

Pelakon dan pengarah, Que Haidar mengesahkan bahawa dia dan bekas isterinya, Linda Jasmine, telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu setelah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Menerusi laporan media tempatan, Que Haidar tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca perceraian tersebut, namun dia menegaskan bahawa mereka masih mengekalkan hubungan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecantikan Tengku Ratu, Anak Perempuan Que Haidar & Linda Jasmine Jadi Perhatian -“International Level Lawa Dia”

“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.

“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” katanya.

Pelakon filem popular Rock Oo! ini memilih untuk merahsiakan berita penceraian tersebut, berpendapat tiada keperluan untuk menghebohkan perkara peribadi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Artist At Play: Tengku Ratu Haidar Debut Di Pentas Teater Muzikal – Remaja Isu Digital Oktober 2024

“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk diuar-uarkan.

“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. la merupakan kata sepakat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Que juga memaklumkan bahawa anak-anaknya menerima berita penceraian itu dengan baik.

“Anak-anak juga terima dengan matang. Doa yang baik-baik. Kami masih sokong sesama sendiri,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath