Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan penuh keberkatan di mana umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan semangat menyemarakkan bulan suci ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kembali menganjurkan World #QuranHour 1446H dengan tema #SavingTheUmmah berpandukan Surah Al-Saff.

Kali ini, acara kemuncak World #QuranHour 1446H akan berlangsung pada 25 Mac 2025 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun
Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak

#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun

Sehubungan itu, Surah Al-Saff dipilih sebagai fokus utama kerana surah ini menyeru umat Islam untuk bersatu dan mencontohi semangat para Hawariyun iaitu sahabat Nabi Isa yang teguh berjuang menegakkan agama Allah.

Memandangkan masyarakat kini hidup dalam suasana dunia penuh cabaran, tema #SavingTheUmmah amat relevan untuk membangkitkan kesedaran tentang pentingnya kesatuan, keikhlasan, dan keteguhan iman dalam memperkukuhkan ummah.

Ads
#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun
Pemilik & Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub

#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun

Seperti yang kita ketahui, Ramadan adalah bulan penuh keberkatan di mana umat Islam berlumba-lumba meningkatkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pernah berkenan menyertai World #QuranHour di UIAM pada tahun 2023.

Untuk pengetahuan korang, #QuranHour bukan sekadar acara tahunan tetapi ia juga merupakan satu gerakan transformasi masyarakat melalui Al-Quran bermula tahun 2016.

Sehingga kini, World #QuranHour kini telah mencapai lebih 7.72 bilion capaian di media sosial dan dijalankan di 76 negara. Menarik lagi, ia terus berkembang dengan pelbagai program yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan seperti Islamic Fashion Festival #QuranHour, Women #QuranHour dan Wellness #QuranHour.

Jadi Ramadan tahun ini, marilah kita sama-sama menyemarakkan World #QuranHour 1446H dengan meluangkan satu jam berinteraksi dengan Al-Quran.

Ads

Sama ada di rumah, pejabat, sekolah, atau masjid agar kita semua boleh menjadi sebahagian daripada gelombang kebaikan global ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

#QuranHour Kembali Semula Ke UIAM Gombak. Pilih Surah Al-Saff Untuk Menyeru Umat Islam Bersatu Seperti Para Hawariyun

Ads

Untuk pengetahuan korang, #QuranHour bukan sekadar acara tahunan tetapi ia juga merupakan satu gerakan transformasi masyarakat melalui Al-Quran bermula tahun 2016.

Sehingga kini, World #QuranHour kini telah mencapai lebih 7.72 bilion capaian di media sosial dan dijalankan di 76 negara. Menarik lagi, ia terus berkembang dengan pelbagai program yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan seperti Islamic Fashion Festival #QuranHour, Women #QuranHour dan Wellness #QuranHour.

Jadi Ramadan tahun ini, marilah kita sama-sama menyemarakkan World #QuranHour 1446H dengan meluangkan satu jam berinteraksi dengan Al-Quran.

Sama ada di rumah, pejabat, sekolah, atau masjid agar kita semua boleh menjadi sebahagian daripada gelombang kebaikan global ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI