Cuti Hari Pekerja Dibawa Ke Rabu – Perdana Menteri

Share

 

Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?

Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.

Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*

Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.

Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ