Dari pandangan luar, kita melihat kelompok selebriti yang berpengaruh dan mempunyai nama besar sebagai individu yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi, tidak gentar untuk berdepan khalayak ramai dan juga sentiasa tampi bersedia dengan apa jua cabaran.
Namun kita terlupa bahawa selebriti juga merupakan manusia biasa yang mempunyai isu peribadi dan kekurangan diri juga. Cuma apabila ada sesuatu yang ‘mengundang’ berlaku dalam hidup mereka, perhatian yang diberikan terhadap mereka berkali-kali ganda lebih dapat dirasai tekanannya.
Itulah yang berlaku kepada pelakon dan usahawanita terkenal, Mawar Rashid semalam sewaktu menghadiri acara pelancaran produk baharu jenama Mawarose dan buka puasa bersama rakan media semalam.
Sebelum dijemput keluar ke atas pentas utama untuk berhadapan dengan pemberita, Mawar yang juga merupakan finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15 dipercayai berdepan serangan keresahan ataupun anxiety attack.
Anxiety attack bukanlah suatu perkara baharu malahan ia kerap menyerang sewaktu kita tidak menjangkakannya.
Setelah Mawar dijemput ke pentas bagi memberikan kata-kata aluan, secara tiba-tiba dia merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum dirinya cuba ditenangkan oleh suami yang setia berada di sisi.
Berdasarkan beberapa video dan foto yang dikongsi oleh rakan pemberita lain, Mawar kemudiannya beralih ke tepi pentas untuk menenangkan diri sambil suaminya, Raf Yaakob meneruskan sesi pengenalan tersebut bersama wakil perniagaan Mawarose, Lily Rashid yang memberikan penerangan mengenai salah satu produk yang dilancarkan iaitu Lip Plumper.
Raf seterusnya menenangkan khalayak pemberita di hadapannya dengan menjelaskan bahawa serangan gelisah boleh terjadi seperti yang mereka semua sedang saksikan tanpa mengenal masa atau tempat.
Beliau memujuk Mawar untuk kembali ke pentas dan meneruskan ucapan. “You are not a loser, you are a winner
sayang. Okay? I’m with you for the rest of my life okay? Will you start your speech? I’m with you,” kata Raf.Aww sweet sangat, kan?
Mawar akhirnya memberanikan diri untuk memberikan ucapannya terhadap pencapaian melancarkan tiga produk berbeza Mawarose semalam.
“Mawar tak pernah bayangkan akan mendapat pencapaian seperti ini. Bukan mudah untuk Mawar mulakan perniagaan Mawarose ini. Terima kasih Mummy kerana selalu membuatkan saya, anak-anak lain dan menantu semua gembira. Mummy berikan segalanya, usaha. Tidak lupa juga kepada ibu mertua saya, anda selalu ada bersama saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: 9 Drama Korea Papar Isu Kesihatan Mental, Banyak Info Boleh Dipelajari – REMAJA
Ini bukanlah kali pertama seorang selebriti tempatan diserang rasa gelisah di hadapan khalayak ramai. Jika korang masih ingat pada akhir tahun lalu, pelakon Maya Karin hampir mengelak daripada menjadi rakan penyampai kepada Faizal Hussein semasa acara Festival Filem Malaysia ke-32 setelah beliau merasai bakal diserang serangan panik sebelum naik ke pentas.
Faizal pada waktu tersebut cuba memujuk dan menyakinkan Maya untuk menguatkan diri dan kekal tenang untuk bersama-samanya muncul di atas pentas bagi melaksanakan tugasan tersebut. Maya cekalkan hati dan membaca skrip biarpun jelas tangannya pada waktu itu sedang menggeletar.
BACA LAGI: Public Health Malaysia Puji Cara Maya Karin Tangani Serangan Panik – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.