Tanda pagar All Eyes On Rafah semakin luas diperkatakan hasil kesedaran orang ramai terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang kini terperangkap di daerah selatan, Rafah negara itu.

Di Malaysia, tumpuan terhadap #AllEyesOnRafah bertitik-tolak sejak minggu lalu terutamanya di platform media sosial. Orang ramai terus-menerus kongsikan perkembangan terbaru saudara Islam di Palestin dari hari ke hari sehingga tanda pagar itu mencapai jumlah capaian yang diharap-harapkan.

Tidak terkecuali, kelompok selebriti tanah air juga mula menggunakan platform masing-masing untuk menyampaikan kesedaran terhadap situasi di Rafah.

Malang sekali, tidak semua dalam kalangan mereka yang cakna terhadap isu ini. Begitulah kekecewaan yang dirasai netizen apabila penyanyi, Ning Baizura hari ini ‘terkantoi’ dek sesi Instagram yang dimuat naik olehnya sendiri.

IKLAN
“..Rafah? Who’s That?!” Netizen Kecewa Ning Baizura Tidak Cakna Isu Semasa
Ning Baizura.

Sewaktu bersiaran langsung, kelihatan Ning sedang membaca komen daripada seorang pengguna Instagram yang berbunyi, “All Eyes On Rafah”.

Begitupun, Ning jelas tidak cakna dengan situasi di Rafah malah seakan tidak mengetahui akan kewujudan Rafah, Palestin yang sedang bergolak.

“All Eyes on Rafah? Who’s that?!” soalnya.

IKLAN

Klip tersebut pantas dikongsi semula di platform X lalu menuai kritikan pedas daripada netizen.

@remaja.my Kak #NingBaizura busy sangat kot sampai terlepas pandang isu semasa. #AllEyesOnRafah #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #remajanews ♬ original sound – Remaja

IKLAN

Selain dianggap tidak sensitif, jahil dan bermacam-macam lagi herdikan netizen, rata-rata keliru bagaimana Ning boleh terlepas pandang #AllEyesOnRafah yang hangat diperkatakan di kesemua platform media sosial.

Sehingga kini, Ning masih belum memberikan komen mengenai isu tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI