Hiburan

Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan

Share

Memang tak boleh nafi, selebriti Korea ni terkenal sebab muka flawless dan badan yang kerengga.

Biasalah, semua orang cakap, rupa tu penting sebab tu la aset utama kita. Kena jaga elok-elok supaya sentiasa tampak cantik walaupun dah bertambah usia.

ARTIKEL BERKAITAN : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha

Salah seorang bintang Korea yang betul-betul jaga penampilan dan kesihatan dia adalah Han So Hee yang cantik manis tu. Korang mesti kenal dia kan, dari drama popular macam “The World Of The Married” dan “My Name.”

Kunyah 50 Kali Setiap Suapan

Bukan saja dianugerah seraut wajah jelita, tetapi juga bentuk badannya yang langsing tetapi kekal sihat dan energetik.

Malah setiap kali tampil dikhalayak selebriti ini memang menarik perhatian dan ramai tertanya-tanya apakah regim kecantikan yang diamalkannya.

Rupanya bukan mudah untuk menjadi cantik dan kekal bertubuh langsing begitu. Han So Hee mengamalkan beberapa rutin harian yang diamalkan sejak dulu.

Makan Secara Perlahan

Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan.

Malah dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.

Tidur 4 Jam Sehari

Tidur juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutama kulit. Kurang tidur juga boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.

“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temubual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So Hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.

Rahsia Cantik & Badan Saiz Kerengga

Tak Minum Kopi

Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya.

Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.

Say “No’ Kepada Mekap Tebal

Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.

Minum Kolagen

Selebriti popular ini juga turut mendapat tajaan syarikat minuman kolagen Gyeol Collagen dari Kyung Nam Pharm. Pengambilan minuman ini boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus.

BACA LAGI : Yoga & Menari, Rahsia Cantik Natural Tanpa Solekan Karisma Kapoor Di Usia 49 Tahun!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana