Foto : Instagram

Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Antara rahsia kurus ialah tidak sentuh nasi langsung atau mengurangkan pengambilannya. Mereka membanyakkan makan sayur dan buah-buahan ketika proses diet.

Rahsia Kekal Muda Di Usia 60, Andy Lau Tak ‘Sentuh’ Nasi Putih Selama 10 Tahun

Begitulah juga rahsia awet muda aktor Hong Kong yang tersohor. Melihat wajah dan bentuk tubuhnya, siapa sangka aktor dan penyanyi kacak dari Hong Kong, Andy Lau telah memasuki usia 60 tahun pada 27 September tahun ini.

Andy Lau terkenal sebagai antara bintang yang tidak pernah hilang aura dan pesonanya walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan.

Ads

Dipetik Detik.com, demi penampilan yang sempurna, ternyata ada pengorbanan yang dilakukan Andy Lau. Rahsia Andy Lau untuk kekal muda ialah tidak makan nasi putih. Aktor yang dilahirkan pada 27 September 1961 ini telah lakukannya bertahun-tahun secara konsisten.

“Andy Lau berkeras untuk tidak makan nasi selama 10 tahun supaya dia dapat mencapai penampilan terbaik. Menjadi seorang selebriti mungkin kelihatan hebat di mata orang ramai, tetapi sukar untuk membayangkan apa yang mereka lakukan di sebalik tabir,” ujar pengarah Wong Jin.

Ads
Rahsia Kekal Muda Di Usia 60, Andy Lau Tak ‘Sentuh’ Nasi Putih Selama 10 Tahun
Hongkong director Wong Jing

Dipetik dari Today Online, netizen memuji bintang filem The White Storm 2 ini kerana disiplin dirinya, memanggilnya ‘hebat’ dan ‘inilah sebabnya dia masih popular selepas 40 tahun’.

Hmm…maknanya Andy Lau berhenti makan nasi ketika usianya 50 tahun la?

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Pereka Fesyen Vera Wang Sudah Berusia 72 Tahun, 5 Fakta Tentang Nenek ‘Vogue’ Ini

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI