Patut la kening orang India semuanya cantik macam dicacah tatu, rupanya 6,000 tahun lalu dorang dah praktik!
Bulu Kening ni boleh dikatakan menjadi faktor paling utama untuk menyerlahkan penampilan korang tiap hari. Apalah gunanya solekan tebal sekalipun kalau bahagian bulu kening tak diberikan keutamaan betul tak?
Sama ada kamu membentuknya dengan mencabut sendiri, mencukurnya, menggunakan kaedah waxing atau juga threading. Teknik threading kening ini antara teknik tradisional dalam membuang bulu wajah berlebihan (yang bersifat sementara) dengan hanya menggunakan benang kapas dan pergerakan tangan.
Ads
Teknik Tradisi Wanita India Sejak 6,000 Tahun Lalu
Tahu tak teknik threading bulu kening ini dah digunakan oleh wanita India sejak 6,000 tahun yang lalu lagi, kemudian teknik ini tersebar ke negara di timur tengah sehinggalah ke negara-negara barat yang lain. Teknik threading sejak zaman kuno ini masih diguna pakai sehingga hari ini.
Ads
.
Ads
7 Manfaat Teknik Threading Kening
Kulit kurang mengalami masalah iritasi (cara ini sesuai bagi yang miliki kulit jenis sensitif dan normal)
Kurang mengalami masalah kemerahan pada kulit
Potongan lebih tepat hingga mampu mencabut akar bulu kening
Tidak memerlukan masa yang lama untuk threading kening
Kening kekal rapi dan tahan lama sehingga 2-3 minggu sebelum bulu kening tumbuh baru
Kos perkhidmatan threading kening murah dalam RM5 – RM10
Kening jadi lebih kemas dan rapi
Try la, confirm kening kamu nanti kelihatan macam artis Bollywood nanti!
Jenama fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini tampil mendedahkan telah menghabiskan sebanyak RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa, Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), pada Oktober tahun lalu.
Menurut Rizman, awalnya perancangan untuk mendapatkan model tersebut bagaikan tiada harapan kerana bayaran yang dikenakan agak mahal.
“Awalnya ramai yang tidak bersetuju untuk menggunakan khidmat Naomi kerana bayaran terlalu mahal.
“Dalam perbincangan pada bulan Jun tahun lalu, dia tidak memberi maklum balas. Kemudian pada bulan 8 akhirnya perkara itu dapat direalisasikan,” katanya dalam satu video audio siar.
Dalam pada itu, Rizman memberitahu, pihaknya hampir menanggung kerugian selepas pihak pengurusan model terbabit menaikkan harga secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku selepas Naomi mengetahui perkara terbabit dan mengekalkan harga asal ialah AS$350,000.
“Harganya tiba-tiba meningkat selepas dia menjadi muka depan majalah Vogue dan siaran dokumentari mengenainya. Disebabkan itu harganya meningkat mendadak.
“Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya mencecah lebih RM4.5 juta. Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan akhirnya dia bersetuju dengan harga asal,” katanya.
Terdahulu, Naomi menggenakan gaun putih hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selebriti dan supermodel, Heidi Klum menggambarkan betapa bangganya dia terhadap Leni Klum, 17 semasa menonton anak daranya itu berjalan di pentas pragaan Dolce & Gabbana baru-baru ini.
Heidi yang berada di barisan hadapan jemputan pertunjuan fesyen tersebut tidak dapat menyembunyikan senyuman bangga ketika Leni berjalan dalam satin corset dress biru terang lengkap dengan tiara gemstone dan rantai ‘statement’; ibarat puteri raja di kota Venice. Mata Leni juga sempat mengintai ke arah ibunya beberapa kali dengan senyuman sebelum kembali fokus dengan pose penuh yakin persis Heidi sewaktu zaman kegemilangannya pada era 90-an.
Leni sebenarnya telah mula berkecimpung dalam bidang peragaan untuk tempoh setahun dan telahpun berpeluang menjadi ‘covergirl’ bagi beberapa majalah fesyen antarabangsa. Ini termasuklah Vogue Germany (bersama Heidi) dan Glamour Germany.
Sebagai ibu, Heidi sendiri telah membantu membentuk Leni menjadi seorang model muda yang berjaya. Sebagai contoh, Heidi telah mendapatkan jurulatih tarian ‘Dance Moms’ popular, Abby Lee untuk mempersiapkan Leni sebelum acara Dolce & Gabbana tersebut.
*
Kemunculan generasi model baharu yang juga merupakan anak dara kepada supermodel terdahulu bukan lagi satu perkara pelik. Ini kerana beberapa supermodel lain turut merestui anak masing-masing untuk berkecimpung dalam bidang yang menjadikan mereka popular ini.
Cindy Crawford ialah antara ‘ibu model’ paling awal yang menyokong anaknya bagi meneruskan legasi. Cindy boleh berbangga dengan pencapaian hebat Kaia Gerber yang baru menyambut hari kelahiran ke-20.
Kaia bukan sekadar seorang model yang menempatkan dirinya dalam industri fesyen disebabkan pengaruh ibunya. Dia bekerja keras memperbaiki skil selaku model muda sehingga diberi kepercayaan menjadi salah seorang penghias wajah hadapan majalah Vogue edisi September Issue tahun ini.
Turut membanggakan ibunya ialah Lily Rose Depp yang merupakan anak kepada model Perancis, Vanessa Paradis (kemudiannya bergelar pelakon dan penyanyi popular).
Pada awalnya, Lily Rose berdepan dengan pengkritik yang merasakan dia hanya diberikan peluang dalam bidang fesyen disebabkan nama ibu dan ayahnya, Johhny Depp. Tambahan pula, Lily Rose tidaklah setinggi model lain pada ketinggian 160sm saja. Namun perlahan-lahan, model pilihan Chanel ini mula diterima pemerhati fesyen.
Isu yang sama juga dihadapi oleh Lila Grace Moss yang merupakan anak dara kepada supermodel 90-an, Kate Moss. Sejak berjalan untuk pertunjukan fesyen pertamanya bagi jenama Miu Miu pada Oktober tahun lalu, lebih banyak jenama lain seperti Fendi yang mula memberikan peluang kepada Lila Grace.
Seperti Kate, dia juga mempunyai stail tersendiri dan boleh dianggap sebagai salah seorang ‘fashion influencer’ muda paling diminati sekarang. But yes, she needs to work on her walk.
Sekiranya korang merasakan Lily Rose Depp dan Lila Grace Moss masih terlalu dan sedang bertatih dalam dunia fesyen, anak supermodel yang seorang ini mungkin akan lebih diminati korang disebabkan keupayaannya untuk – well, model.
Lily McMenamy, 27 merupakan anak dara kepada supermodel 90-an, Kristen McMenamy yang mula mengorak kerjaya sebagai seorang model pada usia 18 tahun BUKAN disebabkan oleh ibunya tetapi atas pelawaan rakan sendiri.
Model, Morgane Dubled mengajak Lily yang baru berpindah ke Paris sebagai seorang pelayan restoran untuk mencuba bidang peragaan. Dari situ, kerjayanya telah jauh berkembang apabila berpeluang berjalan di pentas peragaan Yves Saint Laurent, Chanel, Marc Jacobs, Louis Vuitton dan pelbagai jenama lain.
Tentunya, nama Lily masih terpalit dengan pengaruh ibunya, Kristen. Namun model ini lebih selesa membina kerjayanya hasil titik peluh sendiri.
Pelajar jurusan kejururawatan daripada Auburn University, Abbie Stockard dimahkotakan sebagai Miss America 2025 setelah mengenepikan saingan 51 peserta lain, hari ini.
Miss America 2025, Abbie Stockard
Berlangsung di Walt Disney Theater di Orlando Florida; Abbie, 22 yang juga merupakan juru sorak profesional sekaligus menerima tiara oleh Miss America 2024 Madison Marsh, selempang, dana biasiswa sebanyak USD50,000 serta peluang untuk mewakili jenama Miss America sepanjang setahun.
Dalam saingan pentas akhir yang berlangsung sebentar tadi, Abbie melalui beberapa pusingan pertanding termasuklah dalam segmen gaun malam, segmen bakat, segmen kecergasan dan segmen ‘Hot Topics’ di mana peserta perlu menjawab soalan berdasarkan topik yang diberikan.
Sehingga ke pusingan soal jawab akhir melibatkan peserta Top 5, Abbie kekal di hadapan saingan terdekatnya seperti Miss Texas, Annette Addo-Yobo (naib juara); Miss Tenessee, Carley Vogel (pemenang tempat ketiga); Miss Florida, Casana Frank (pemenang tempat keempat dan Miss Ohio, Stephanie Finoti (pemenang tempat kelima).
Dalam kenyataan yang dikongsikan organisasi Miss America 2025, Abbie kini memasang impian untuk meneruskan pengajian hingga peringkat sarjana muda kedua, peringkat doktor falsafah yang memfokuskan kepada praktik kejururawatan bius (nurse anesthesia practice) dan seterusnya menjadi pakar kanak-kanak.
Abbie Stockard sememangnya merupakan gadis yang layak digelar beauty with brains!
Tambahan pula, trend memahkotakan peserta berambut perang sedang melanda dunia ratu cantik seperti di pertandingan Miss Universe 2024 menerusi Victoria Kjaer Theilvig dari Denmark dan di pertandingan Miss World 2024 iaitu Krystyna Pyszkova dari Czech Republic.
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil Zubir Khan telah menarik perhatian peminat apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Perpaduan...