Rahsia Solekan ‘Less Is More’ Resepsi Athisha Khan, Deepika Padukone Jadi Rujukan Jurusolek

Share

Dalam pada semua orang memuji busana gaun putih Alia Bastamam yang disarung Atisha Khan, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.

Foto Via Instagram Atisha Khan

ARTIKEL BERKAITAN : Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.

Wajah cantik milik Athisha hanya memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek melaksanakannya dengan penuh jaya. Solekannya dihasilkan oleh award winning makeup artist, Khir Khalid manakala dandanannya disempurnakan oleh Juno Ko.

 

Cantik sangat!

Tapi ada rahsia disebalik look memukau Atisha ini. Dipetik daripada Eh!, Khir Khalid mendedahkan dia hanya menggunakan solekan yang ringkas kerana Athisha memiliki raut wajah yang sempurna dan bersih.

Akui Khir, Athisha memiliki raut wajah seperti orang Timur. Disebabkan oleh itu dia telah menjadikan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone sebagai inspirasinya.

“Rujukan saya sewaktu melakukan homework sebelum merias Athisha ialah Deepika Padukone. Saya sangat sukakan solekan dan penampilan sewaktu dia berkahwin. Bagi saya dia punya raut wajah timur yang moden. Saya dapat bayangkan Athisha dalam solekan yang serupa.”

Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.

BACA LAGI : Konsep Pelamin ‘Jabal Rahmah’ Neelofa – PU Riz Ada Makna Mendalam – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana