Tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ‘Abe’ kami yang seorang ini!
Pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/12, Hafreez Adam selamat disatukan kepada pelakon, Zara Zya dalam satu majlis pertunangan, semalam.
Hafreez dan Zara sebelum ini tidak merahsiakan hubungan mereka berdua daripada pengetahuan umum. Namun majlis pertunangan semalam tidak dihebahkan dan hanya diketahui ramai selepas ia selamat dijalankan.
Mereka berdua mempunyai alasan sendiri untuk tak menjemput terlalu ramai pihak ke majlis tersebut.
Menurut Hafreez menerusi satu posting di Instagram, “Minta maaf kerana tak memaklumkan lebih awal kepada semua.
“Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk ‘merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan’. Dalam situasi kami, kami mahu berkongsi berita gembira ni untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami.
“Dan kami tak harapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua,” jelasnya.
Alah, itu keputusan mereka dan keluarga untuk mengadakan majlis intimate. Kita sebagai peminat dan rakan perlu hormatinya and be happy for them both.
Tahniah Hafreez dan Zara!
7 Selebriti Malaysia Dengan Gelaran ‘Beauty With Brain’
Isi Kandungan
ToggleDah jadi perkara biasa bila netizen melabelkan individu yang bergelar artis tidak mempunyai pendidikan tinggi. Bagi mereka, tak perlu belajar tinggi pun kalau setakat nak jadi pelakon atau penyayi.
Namun begitu, tak semua selebriti di Malaysia hanya ber’modal’kan wajah cantik semata-mata kerana ada juga di antara mereka yang mempunyai pendidikan yang baik.
Berikut Remaja senaraikan selebriti tempatan yang memang layak digelar ‘Beauty With Brain’.
1. Yuna
Memiliki Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
2. Daphne Iking
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem TV dan Radio) pada tahun 2004 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
3. Lisa Surihani
Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
4. Juliana Evans
Pelakon wanita ini mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Western Michigan University dalam jurusan Film, Video & Media Studies.
5. Neelofa
Pelajar straight A’s ini bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi dan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perniagaan di Sunway University College.
6. Soo Wincci
Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari Universiti of Reading, UK dan Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Sunshine Coast. Oleh kerana kecemerlangannya ini juga, Soo Wincci mendapat biasiswa dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).
7. Fathia Latif
Tak perlu kami jelaskan lagi. Pengakuan ini mungkin sudah cukup untuk membuktikannya. Hiks gurau je. Kalau nak tahu, Fathia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UITM tau.
Ada siapa-siapa lagi yang tak ada dalam senarai ke? Jom share dengan kami..
5 Bulan Tidak Berlumba, Adam Khalid Banggakan Malaysia
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
[ CONTEST ] Apa Jadi Bila Grup Mouseketeer Bergabung Dengan Selebriti Malaysia?
Bagi generasi 90-an, mesti korang ingat lagi dengan rancangan Club Mickey Mouse.
Kalau dulu semasa disiarkan di Amerika Syarikat, nama-nama besar seperti Britney Spears, Ryan Gosling, Christina Aguilera dan Justin Timberlake muncul dari Club Mickey Mouse. Sekarang apabila ia dihasilkan sendiri oleh produksi di Malaysia, mungkin sekali ahli Mouseketeers kita akan menjadi selebriti besar tak lama lagi.
Club Mickey Mouse dianggotai oleh Charis, Gabriel, Wafiy, Dheena, Erissa, Faiz dan yang paling terbaru, Ellya. Rata-rata baru berusia sekitar 16 ke 18 tahun, Ellya pula baru berusia 14 tahun! Namun, daripada apa yang kami tonton pada musim pertama Club Mickey Mouse, mereka sememangnya berbakat.
Itu baru di studio rakaman.
Apabila Disney Malaysia membawa mereka untuk mengadakan persembahan live di atas pentas sempena Club Mickey Mouse: LIVE! pada 18 dan 19 Ogos lepas di MyTown Mall, Cheras, penulis dapat saksikan sendiri bakat mereka mengendalikan penonton di atas pentas.
BACA: Kenali 7 Mouseketeers Club Mickey Mouse Malaysia
Bukan senang okay untuk bercakap, menyanyi, menari dan menjadikan sesebuah show menarik ditonton selama sejam. But they definitely did that and proved, age is not a problem at all.
“Kami sudah wujudkan chemistry sejak musim pertama lagi, semasa rehearsal sehinggalah sekarang. Mouseketeers akan saling memberi tunjuk ajar, tak kiralah dia lebih muda atau tua. Mungkin sebab itu, kami mudah bekerjasama di atas pentas,” kata Gabriel semasa berjumpa dengan REMAJA – hanya beberapa minit sebelum beraksi bersama Mouseketeers yang lain.
Kini,Club Mickey Mouse di saluran Disney (Astro 615) telah memasuki musim kedua dan ditayangkan sejak 6 Julai lalu pada hari Jumaat, jam 2.30 petang.
And so we asked, apa yang berbeza pada kali ini berbanding musim pertama?
“Untuk kali ini, kami banyak berjumpa dengan selebriti terkenal. Jadi kami dapat bekerja dengan mereka. Kali ini, kita ada Hael Husaini, Haqiem Rusli, Diana Danielle dan Audi Mok.
“Dengan Audi, kami telah rakamkan single Start Me Up. Korang semua kenal kan dengan lagu-lagu yang beliau pernah cipta untuk Faizal Tahir, Joe Flizzow, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. So kami pun excited untuk korang dengarkan Start Me Up.
“Selain Audi, kami pun nyanyikan lagu ciptaan Aizat, Anas Amdan dan Mia Palencia,”kata Wafiy.
BACA: Erissa, Mouseketeers Club Mickey Mouse Ingin Jadi Seperti Britney Spears
Selepas ini, para Mouseketeers masih ada satu lagi tarikh persembahan di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara pada 1 & 2 September ini, jam 12 tengah hari.
Jadi bagi korang yang tak sempat untuk menyaksikan mereka lagi, save your date & jumpa di sana.
Tapi sebelum itu, jom tengok muzik video Start Me Up oleh Club Mickey Mouse ni.
Jom Menangi Pass Meet & Greet, Speakers & Botol Club Mickey Mouse !
Disney Malaysia bersama REMAJA ingin mengajak korang untuk datang menonton Club Mickey Mouse: LIVE pada Sabtu ini, jam 12pm. Selain itu, 10 pemenang juga berpeluang untuk mendapatkan 1 pas Meet & Greet bersama Mouseketeers, 1 speaker Club Mickey Mouse dan 1 botol air Club Mickey Mouse.
Mudah je caranya. Jawab soalan dan slogan serta isikan butir peribadi korang seperti di bawah. Hantarkan melalui Direct Message (DM) ke Instagram @majalahremaja. Pemenang akan diumumkan esok!
SOALAN
Di manakah lokasi persembahan untuk Club Mickey Mouse: LIVE pada 1 September 2018 (Sabtu ini)?
SLOGAN
Saya paling meminati (ahli Mouseketeer) daripada Club Mickey Mouse kerana……
(Tak melebihi 15 patah perkataan)
BUTIRAN DIRI
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Alamat:
No Telefon:
Email:
Instagram:
Facebook:
(Butiran diri hanyalah untuk simpanan Majalah Remaja. Ia TIDAK AKAN digunakan untuk tujuan lain atau diserahkan kepada pihak asing.)