Untuk bergelar penerima Anugerah Pelajaran Diraja bukanlah mudah, penilaian bukan sekadar dari segi pencapaian akademik semata-mata tetapi kegiatan kokurikulum dan daya kepimpinan turut diambil kira.
Terbaharu, Kristy Samunting, 23, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Malaysia Sabah sempena majlis konvokesyen university berkenaan yang ke-24. Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Muzik) di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS, dia menjadi pelajar pertama dari fakulti tersebut menerima Anugerah Pelajaran Diraja.
Dia tidak menyangka akan menerima anugerah berkenaan kerana beranggapan yang ia biasanya diberikan kepada pelajar dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi, akaun dan sebagainya.
“Saya terharu dan bangga atas kejayaan diri saya sekarang serta sangat bersyukur kepada tuhan. Jurusan saya sebelum ini adalah sains dan pernah bercita-cita untuk menjadi peguam ataupun arkitek. Namun saya menyedari bakat yang ada dalam diri dan mengambil keputusan untuk meneruskannya dalam bidang seni,” ujarnya.
Ads
Menurut Kristy, dia memang minat dalam seni muzik sejak dahulu lagi. Bakatnya itu disedari oleh ibunya sejak dia kecil lagi lantaran dia yang sering menyanyi setiap kali menyaksikan rancangan berunsur hiburan muzik muncul di kata televisyen. Tambahnya lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana pilihannya untuk terus bergiat dalam dunia seni muzik adalah tepat.
“Saya mahu buktikan kepada orang ramai, walaupun mengambil seni muzik bukan bermakna hanya mampu menjadi artis sahaja, namun ada lebih banyak cabang lagi kita mampu lakukan dalam dunia seni ini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, semasa masih berstatus pelajar, dia melakukan kerja separuh masa menjadi guru vokal secara dalam talian, tetapi juga tidak lupa untuk melakukan tugasan dan praktis setiap hari kerana program ini memerlukan praktis yang sangat banyak di samping membaca bahan-bahan melalui e-book.
Kini, dia yang berasal dari Tambunan telahpun mendapat pekerjaan. Menariknya dia akan berkhidmat di luar negara. “Selepas ini saya akan ke Singapura kerana telah mendapat tawaran bekerja di Aureus Academy dan akan mula bekerja pada bulan Januari nanti,” ujarnya.
Ads
Kristy Samunting memegang teguh kepada moto do what you love, and love what you do merupakan gadis berbangsa Kadazandusun dan merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook Universiti Malaysia Sabah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasuah mampu membunuh integriti seseorang, sikap tamak haloba merugikan banyak pihak. Remaja bersetuju apabila elemen antirasuah bakal diperkenalkan melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi murid tahun 5 bermula tahun depan.
Menurut laporan Bernama, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menerangkan bahawa usaha ini adalah Langkah untuk mendidik mengenai pencegahan rasuah bermula dari peringkat awal lagi.
Datuk Seri Azam Baki
Menerusi termubual bersama Melakafm, beliau berkata, “ Pihak saya sedang memberi tumpuan kepada Pendidikan berkesan akan pencegahan rasuah di peringkat sekolah dan universiti.”
***P/S – Bagus betul cadangan ini. Min rasa memang perlu elemen ini diperkenalkan supaya tidak menjadi barah dalam masyarakat kita suatu hari nanti. Pokok pangkal berbalik kepada niat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Betul tak guys?
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peristiwa ombak tsunami yang menghempas persisir pantai di Pulau Pinang 20 tahun lalu masih jelas dalam ingatan ibu bapa kepada seorang remaja yang terselamat daripada menjadi mangsa korban bencana.
Pasangan yang dikenali sebagai A. Suppiah dan L. Annalmary itu masih terkenangkan peristiwa mendebarkan di mana bayi mereka, S. Thulaashi yang pada waktu itu baru berusia 22 hari telah dihanyutkan ombak di Pantai Miami, Tanjung Bungah.
Gelombang ombak pertama dari Sumater ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam telah ‘menarik’ Thulaashi yang nyenyak tidur di atas tilam di kafe keluarganya yang terletak berhampiran pantai.
Tidak lama kemudian, gelombang ombak kedua pula melanda Pulau Pinang dan ia telah ‘menghantar’ bayi itu semula ke kawasan pantai dengan selamat. Peristiwa tersebut hangat diperkatakan oleh media tempatan ketika itu sehingga menjadikan Thulaashi dikenali sebagai ‘Tsunami Miracle Baby’. Menariknya sepanjang kejadian itu, Thulaashi kekal tidur di atas tilamnya.
A. Suppiah dan L. Annalmary ketika ditemui oleh BERNAMA sempena ulang tahun bencana tsunami ke 20, semalam. Sumber: BERNAMA
Memetik laporan BERNAMA yang kembali menemui pasangan tersebut sempena ulang tahun bencana tsunami pada 26 Disember semalam, pasangan itu mengimbau semula bagaimana kedua-dua gelombang ombak itu berlaku selang 40 minit sahaja.
Ketika gelombang pertama datang, air di dalam bilik tempat Thulaashi tidur mencecah paras leher dan mereka cuba mencarinya.
40 minit kemudian ketika pasangan itu masih berusaha mencarinya, seorang lelaki Indonesia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari situ berkata bayi mereka telah terdampar di atas tilamnya di pantai berhampiran.
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 27 Disember 2019 ketika A. Suppiah dan S. Thulaashi (kiri) ditemu bual.
Terkini, Thulaasi sudahpun berusia 20 tahun dan bergelar mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Manakala, A. Suppiah dan L. Annalmary sehingga kini masih mengusahakan kafe mereka di Pantai Miami, Tanjung Bungah. Sekali-sekala, Thulaasi akan pulang ke kafe yang menyimpan seribu satu memori itu untuk membantu keluarga.
Saban tahun ketika ulang tahun bencana tsunami, keluarga mereka akan mengadakan upacara sembahyang di persisir pantai dan amalan tradisi itu katanya akan terus dilakukan mereka sebagai tanda kesyukuran atas keajaiban yang berlaku.
Secara tidak langsung, semangat yang dirasai apabila menjadi salah seorang daripada dua wakil atlet negara di Beijing, China semakin melonjak.
Malaysia menjadi negara kelima memasuki Stadium Nasional China aka Stadium ‘Sarang Burung’ dalam acara pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 yang berlangsung semalam dengan penuh gilang-gemilang.
Dalam penyertaan kedua Malaysia di Sukan Olimpik musim sejuk ini, negara diwakili oleh wakil atlet remaja iaitu Jeffrey Webb, 23 dan Aruwin Salehhuddin, 17 yang membawa cabaran negara. Mereka sekaligus telah memegang tanggungjawab sebagai pembawa bendera dan mengetuai perarakan kontinjen negara.
Apa yang membuatkan momen tersebut bersejarah adalah kerana Aruwin secara rasminya mencatat sejarah selaku atlet wanita pertama yang mewakili Malayisa di Sukan Olimpik musim sejuk. Ia bertambah manis apabila ayahnya, Salehhuddin Ayob yang merupakan bekas Olimpian Malaysia telah mengiringi anaknya itu di bahagian belakang kontinjen selaku pengurus kontinjen Malaysia pada edisi kali ini.
Turut serta ialah jurulatih Aruwin, Bezjak Miaden; jurulatih Jeffrey, Ryan Shorter dan Pengurus Besar Kontinjen Malaysia, Wan Hor Fong.
Tidak ketinggalan, Jeffrey juga mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang layak ke Sukan Olimpik musim sejuk untuk dua edisi berturut-turut setelah dia turut bersaing dalam edisi 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Kontinjen Malaysia turut disertai oleh ayah Aruwin, Salehhuddin yang pernah mewakili negara dalam acara kenu kategori K-1 lelaki pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Amerika Syarikat.
Aruwin yang layak secara merit berdasarkan kedudukannya dalam ranking dunia dijadualkan bersaing dalam dua acara.
Pada 7 Februari (isnin) hadapan, dia akan menyertai acara Giant Slalom wanita manakala dua hari kemudian (9 Februari) dia akan bersaing dalam acara Slalom wanita pula.
Foto : Instagram Aruwin Salehhuddin
Tidak lama kemudian, Jeffrey akan meneruskan saingan Malaysia dalam acara Slalom lelaki pada 16 Februari 2022 sebelum Sukan Olimpik musim sejuk Beijing 2022 menutup tirainya pada 20 Februari.
Foto : Instagram Jeffrey Web
Selamat maju jaya REMAJA ucapkan untuk mereka berdua dan kepada keseluruhan kontinjen Malaysia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Rosé BLACKPINK yang sinonim dengan gaya feminin dan edgy, kini rasmi dilantik sebagai duta global bagi jenama sukan ikonik PUMA sekaligus menyempurnakan...