Bintang baru dunia sukan yang bersinar…
Nama Umar Osman mungkin tidak sepopular Azeem Fahmi, namun hari ini dia membuktikan yang dirinya antara pelari negara yang harus diberi perhatian rapi.
Turun padang mewakili Malaysia dalam acara 400m lelaki sebagai peserta bukan pilihan, pada awalnya tiada sebarang harapan diletakkan kepadanya untuk memenangi pingat. Walaupun begitu jejaka berusia 20 tahun ini membuktikan sebaliknya.
Dalam acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu, Umar pada mulanya ketinggalan di belakang dilihat memecut pada jarak 50-meter terakhir bagi memastikan pingat emas menjadi miliknya sekaligus menambah bilangan pingat buat Malaysia.
BACA JUGA: Azeem Fahmi Menang Emas Pertama Di Amerika Syarikat. Cemerlang Dalam Bidang Sukan & Pelajaran
Menerusi prestasi yang membanggakan itu, Umar mencatat masa larian sebanyak 46.34s. Pingat perak dan gangsa acara tersebut menjadi milik atlet Filipina Umajesty Wesley (46.52s) serta Frederick Cabatu (46.63s).
Menjadikan kemenangannya lebih manis, Umar berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 22 tahun yang selama ini dipegang oleh Mohd Zaiful Zainal Abidin ketika Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001 yang menyaksikan bekas atlet itu mencatat masa 46.41s.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.