Hiburan

Raih Penghargaan ‘Top Soldier’! Jimin BTS Dipilih Sebagai Tentera Elit Selepas Tunjuk Prestasi Cemerlang Dalam Latihan Ketenteraan

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota BTS, Jimin yang sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan telah menarik perhatian peminat apabila gambarnya semasa bersama rakan tentera lain dikongsi di sebuah komuniti dalam talian.

Menerusi gambar tersebut, Jimin atau nama sebenar Park Ji Min (29) dilihat tersenyum ceria sambil bangga menunjukkan lencana ‘Tentera Pelatih Terbaik’ miliknya.

Difahamkan, Jimin mendapat penghargaan tersebut pada bulan Jun, telah dipilih sebagai tentera elit dan menyelesaikan promosi awal. Dia juga turut menerima Anugerah Komander Divisyen untuk pelatih terbaik, menunjukkan dedikasinya terhadap tugas ketenteraan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Kena Marah Sebab Saya Cemerlang…”, Jin BTS Bawa Pulang 7 Anugerah Pencapaian Khidmat Ketenteraan!

Dalam pada itu, menerusi perkembangan terkini, Jimin meninggalkan mesej kepada peminat BTS iaitu ARMY yang berbunyi,

“Sudah lebih sebulan, dan walaupun kadang-kadang ia terasa panjang, kehadiran Jungkook di sisi saya membuatkan masa berlalu dengan cepat. Kami berhubung dengan ahli lain melalui telefon awam dan Jungkook juga sedang bekerja keras dalam ketenteraan. Kami saling bergantung dan memberi semangat dan kekuatan di antara satu sama lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Latihan Ketenteraan, 4000 Peminat Bakal Dapat Pelukan Jin BTS!

Terdahulu, Jimin dan Jungkook mendaftar bersama pada bulan Disember 2023 dan kini sedang berkhidmat di Briged Artileri di bawah Divisyen Infantri ke-5 Tentera Darat.

Tarikh tamat perkhidmatan mereka dijadualkan pada 11 Jun 2025. Memandangkan terdapat enam lagi ahli BTS yang kini sedang menjalani tugas ketenteraan mereka, kumpulan itu dijangka akan menyambung aktiviti berkumpulan selepas semua anggota telah menyelesaikan perkhidmatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS Bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024, Wakili Korea Selatan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE