Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal dengan reputasi cemerlang sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya baru-baru ini merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Menerusi perkongsian UiTM di laman Facebook rasminya, Danish Zafran Bazam (22) mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis (21) meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Terdahulu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023, dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.
“Walaupun sukar, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah dan saya beruntung dapat belajar di UiTM”
“Saya percaya dengan keyakinan diri yang tinggi, usaha yang konsisten, fokus dalam sesi kuliah serta tidak segan bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya dalam kecemerlangan akademik,” katanya.
Ads
Sementara itu, Amin yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM dengan menyertai program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah melawan rasa malas.
“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan saya untuk mengekalkan disiplin. Motivasi utama datang daripada kesedaran tentang kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA dan saya menghargai pengorbanan kewangan yang keluarga saya lakukan untuk pendidikan saya,” katanya.
Sekadar info, fakulti itu akan mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030. Semoga pencapaian seperti ini menjadi contoh pada anda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelik betul bila dengar perkataan ‘kuda paling tampan’.. Rupanya wujud juga ye. Seekor kuda di Amerika Syarikat ini telah diberi nama Frederick The Great sempena nama seorang pemimpin di Rusia yang memerintah pada sekitar tahun 1740 sehingga 1786.
Sumber: Posterlounge.com
Ianya telah diiktiraf sebagai kuda yang paling tampan di dunia kerana memiliki susuk tubuh badan yang tegap, berambut panjang, dan mempunyai warna hitam yang sangat menawan. Kuda ini juga pantas berlari!
Sekarang penulis teringat sebuah lagu daripada seorang biduanita negara yang terkenal suatu ketika dahulu, allahyarham Datuk Sharifah Aini dengan lagunya ‘Kuda Ku Lari’.
Sumber: telegraph.uk
Kuda ini dimiliki oleh seorang wanita yang bernama Stacy Nazario, dan beliau telah membeli Frederick pada tahun 2007 dan telah membawanya ke Amerika Syarikat daripada Eropah.
Oleh kerana susuk tubuhnya yang menawan, tak hairanlah kalau jadual kuda ni sendiri dipenuhi dengan jadual yang ketat kerana perlu membintangi banyak jenis iklan! Kalau korang nak tahu, pendapatan Frederick sebulan mencecah USD$25,000 sebulan tau!
Sumber: Horsey Hooves
Populariti Frederick ini bermula apabila pemiliknya Stacy memanggil seorang jurugambar professional untuk mengambil gambar aksi Frederick, namun ketika kuda ini sedang bergambar, lagak Frederick seolah-olah dia sedang berposing seperti seorang model. Apabila gambarnya tersebar di Internet, ramai yang hampir hilang akal akan ketampanan kuda ini. Pelik bukan?
Sumber: Daily MailSumber: The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rakyat Malaysia memang hebat! Dalam tempoh seminit, sebanyak 700,000 orang “menyerbu” untuk mendaftar dalam aplikasi MySehjahtera sekaligus menerima RM50 yang dikreditkan terus ke akaun e-wallet mereka.
Serius, memang pecah rekod sebagaimana 1000 bilik ditempah di Langkawi semalam.
Laporan BERNAMA, hanya dalam tempoh seminit, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera, susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi itu.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk turut mengamalkan 'penjarakan sosial' jika hendak memuat turun atau mendaftar di aplikasi berkenaan bagi mengurangkan ‘kesesakan trafik’ yang tinggi.
"Kalau kita boleh amalkan penjarakan, jadi tak ada kesesakan di situ. Kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.
"Jadi, kita sedang lihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat," katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentu ada segelintir kita pernah melakukan perbuatan membakar semut terutama semut api kerana dianggap mengganggu, menggigit dan dilihat memberikan ancaman kepada persekitaran rumah mereka. Tanpa menyedari bahawa perbuatan membakar semut dan sarangnya haram kerana kita sebenarnya tidak boleh mengazab binatang dengan api melainkan Allah yang mencipta api.
Menurut Ustaz Azhar Idrus di page FBnya, menjawap pertanyaan dari pembaca apakah hukumnya membakar sarang semut. Jika kita pernah melakukannya suatu ketika dahulu mintalah ampun dan bertaubat kepada Allah atas kekhilafan kita dan tak akan mengulanginya lagi.
Baca penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum bakar sarang semut dan binatang ciptaan Allah taala ini.
SOALAN : Adakah bolih kita binasakan semut yang banyak di rumah kita dengan cara membakar sarangnya dengan semut sekali gus?
JAWAPAN : Haram hukumnya membunuh semut atau haiwan yang lain dengan api atau membakarnya.
Rasulullah saw bersabda :
لَا يُعَذِّبُ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ
Artinya :
“Tidak harus mengazab dengan api melainkan Tuhan yang mencipta api.’ (Hadith Abu Daud)
Dan sabda Rasulullah saw :
لاَ تُعَذِّبُوا بِعَذَابِ اللَّهِ
Artinya :
“Jangan kamu sekelian mengazab dengan azab Allah.” (Hadith Bukhari)
Berkata Mufti Oman :
فديننا الإسلامي نهى حتى عن حرق الحيوانات والحشرات بالنار، وأمر بالرفق في الحيوان فضلاً عن الإنسان
Artinya :
“Maka agama kita Islam melarang dari membakar segala haiwan dan serangga dan yang merayap dengan api. Islam memerintahkan supaya berlemah lembut pada haiwan istimewa pula dengan segala manusia.”
Wallahua’lam
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...