Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30 Juta Won (RM92,000) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 13 Mac, semalam.
Sumbangan tersebut telah diberikan kepada sebuah organisasi Community Chest of Korea bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi golongan muda.
Menurut laporan, ini bukan kali pertama Beomgyu atau nama penuhnya Choi Beomgyu membuat sumbangan tersebut. Sebelum ini, pelantun lagu Anti-Romatic itu pernah mendermakan sejumlah wang kepada organisasi yang sama serta telah memberikan impak yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
“Saya dengar sumbangan kecil saya tahun lalu berjaya membantu mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan mental”
“Menyedari bahawa saya dapat memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang melalui pertolongan seperti ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Itulah sebab saya memutuskan untuk memberikan sumbangan sekali lagi pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh syarikat pengurusan, Big Hit Music.
Ads
Dalam pada itu, Beomgyu juga mendoakan agar lebih ramai orang dapat menemui ketenangan dan kekuatan melalui dirinya selain memanfaatkan semangat positif untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
Ads
Sementara itu, bantuan berkenaan juga akan digunakan bagi menampung kos rawatan psikologi dan sesi kaunseling buat remaja yang berdepan kesukaran dalam keluarga atau hubungan sosial.
Ads
Selain itu, melalui inisiatif ini, Beomgyu berharap para pesakit dapat berkembang menjadi individu yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.
Sekadar info, TXT kini sedang mengadakan konsert jelajah ACT: PROMISE sejak 7 Mac lalu. Kumpulan itu juga bakal menggegarkan pentas di beberapa bandar seperti Berlin, London, Barcelona, Paris, Amsterdam, Kagawa, Macau, Osaka dan Tokyo yang dijangka akan berakhir pada Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, bekas pengacara rancangan wanita, Nona – Azrinaz Mazhar Hakim dijemput sebagai salah seorang juri ujibakat Pencarian Ujibakat Hos Mingguan Wanita.
Menariknya, Azrinaz telah berkongsi pendapatnya melalui akaun Instagram tentang persediaan peserta yang – hhm – perlu diperbaiki.
Jom lihat 5 tip ini daripada beliau.
01
Pakailah heels untuk memastikan postur badan korang tegak dan kemas. Heels di sini bukan bermaksud platform shoes atau semi heels. Dan jangan sesekali memakai sneakers ya, ini bukannya shopping mall!
02
Selain persiapan, pemakaian menarik pun perlu untuk datang ke ujibakat. Janganlah pakai baju macam nak pergi kenduri tahlil.
Opps!
03
Cuba pikat hati juri, samalah seperti korang nak keluar untuk first date. Mestilah nak pasangan amazed dengan keterampilan menarik. Sama jugalah dengan ujibakat, steal their hearts with your look.
04
Tapi tak perlulah cuba untuk mengubah diri 100%. Tak perlu rambut ditukar warna hijau, pakai lensa mata biru, mekap sekati tebal.
#savage
05
Jadi diri sendiri, kekalkan kecantikan diri natural walaupun masih datang bermekap. Jangan overdo sehinggakan juri takut melihat korang. Macam-macam rupa yang datang. Ingat ini adalah ujibakat untuk mencari hos televisyen, bukannya slot radio.
***
Kepada korang yang teringin sangat untuk mencuba nasib sebagai hos baru program temubual Mingguan Wanita Talkshow, jangan lupa untuk hadiri ujibakat kedua dan terakhir pada Sabtu ini di Bangunan Sinar, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada Jumaat lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan satu perkongsian di Instagram pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.
Ia sekaligus telah menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat. Malah, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Terbaharu menerusi hantaran di entri tersebut, pelakon filem terkenal Munafik itu memohon agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik” katanya.
Beserta coretan ringkas tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Menjengah ke ruangan komen pula sudah mula dibanjiri pelbagai coretan rata-rata warganet termasuk rakan artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, Bio-essence memperkenal Bio-Water Toning Water dengan kolaborasi bersama kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla, yang mampu menyuntik tenaga segar dan dinamik ke dalam jenama ini.
Dolla yang terkenal dengan muzik pop mencerminkan keyakinan dan sentiasa segar persis Bio-Water Toning Water yang menjanjikan kulit kekal cerah, segar dan lembap.
Melalui kerjasama ini juga Dolla dan Bio-essence berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat dan para pengguna untuk sentiasa yakin dengan kecantikan semulajadi dan mampu memiliki kulit yang sihat.
Dolla yang juga hadir di acara pelancaran Bio-Water Toning Water di IOI City Mall pada 6 Julai lalu juga sempat meluangkan masa bersama peminat mereka, iDolla dengan bermain beberapa permainan di atas pentas.
Untuk pengetahuan, Dolla juga bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dan antara tips daripada Dolla untuk sentiasa Watch Me Glow dan nampak fresh and hydrated walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti adalah dengan menggunakan Bio-Water Toning Water tau!
Sekadar info, Bio-Water Toning Water ini merupakan formula terbaru mengandungi Bio Energy Complex, yang membantu memperbaiki dan menyegarkan kulit dengan meningkatkan penyerapan oksigen, memberikan keaktifan dan tenaga kepada kulit.
Jadi, kalau anda nak sentiasa nampak segar macam Dolla, bolehlah cuba tips yang mudah yang dikongsi mereka tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membanggakan negara apabila 20 daripada 30 subjek yang ditawarkan universiti ini berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di...