Inpirasi

Raikan Hari Lahir Ke-24, Beomgyu TXT Derma 30 Juta Won Demi Kesihatan Mental Golongan Muda

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30 Juta Won (RM92,000) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 13 Mac, semalam.

Sumbangan tersebut telah diberikan kepada sebuah organisasi Community Chest of Korea  bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi golongan muda.

Menurut laporan, ini bukan kali pertama Beomgyu atau nama penuhnya Choi Beomgyu membuat sumbangan tersebut. Sebelum ini, pelantun lagu Anti-Romatic itu pernah mendermakan sejumlah wang kepada organisasi yang sama serta telah memberikan impak yang lebih baik.

Kredit: Instagram @bamgyuuuu

“Saya dengar sumbangan kecil saya tahun lalu berjaya membantu mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan mental”

“Menyedari bahawa saya dapat memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang melalui pertolongan seperti ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Itulah sebab saya memutuskan untuk memberikan sumbangan sekali lagi pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh syarikat pengurusan, Big Hit Music.

Dalam pada itu, Beomgyu juga mendoakan agar lebih ramai orang dapat menemui ketenangan dan kekuatan melalui dirinya selain memanfaatkan semangat positif untuk membina masa depan yang lebih baik.

Kredit: Instagram @bamgyuuuu

Sementara itu, bantuan berkenaan juga akan digunakan bagi menampung kos rawatan psikologi dan sesi kaunseling buat remaja yang berdepan kesukaran dalam keluarga atau hubungan sosial. 

Selain itu, melalui inisiatif ini, Beomgyu berharap para pesakit dapat berkembang menjadi individu yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.

Sekadar info, TXT kini sedang mengadakan konsert jelajah ACT: PROMISE sejak 7 Mac lalu. Kumpulan itu juga bakal menggegarkan pentas di beberapa bandar seperti Berlin, London, Barcelona, Paris, Amsterdam, Kagawa, Macau, Osaka dan Tokyo yang dijangka akan berakhir pada Mei ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE