Secara literal, warisan negara dapat ditakrifkan sebagai khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman daripada nenek moyang kita. Warisan negara bukan sahaja merangkumi bangunan bersejarah semata-mata, malah tarian tradisional juga turut tergolong sebagai aset negara yang harus dipupuk dan dikekalkan.
Dalam usaha meraikan tarian tradisional, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) di bawah kolaborasi Pengajian Konservatori Muzik, Pengajian Seni Persembahan dan Pengajian Seni Liberal baru-baru ini terpanggil untuk menganjurkan Konsert Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung”.
Program ini sekaligus dapat memperkasakan pelajar KPSK, UiTM dalam memperjuangkan kelestarian seni budaya tradisional tanah air.
Menurut Dr. Juriani Jamaludin, Ketua Pengajian Konservatori Muzik, konsert Leluri Gemalai 2023 Bunga Tanjung ini mampu memperkasa dan menyerlahkan bakat para pelajar KPSK kerana hasil dari gabungan ketiga-tiga pengajian ini dapat dijadikan platform awal dałam mempersiapkan pelajar menuju ke alam pekerjaan.
Ads
Hal ini sekaligus menyumbang kepada kerancakan dan kepelbagaian acara dalam memartabatkan seni budaya tempatan.
“Kemasyhuran sesebuah negara bergantung kepada manifestasi seni dan budayanya kerana ianya memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah bangsa dan negara yang beridentiti,” komen Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim yang turut merangkap rakan media rasmi konsert tersebut.
Jelaslah bahawa melibatkan Portal Majalah Remaja yang fokusnya kepada golongan remaja amatlah bersesuaian dalam usahasama memperjuangkan kelestarian seni budaya tradisional tanah air.
Ads
”Konsert Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung” akan berlangsung pada 14 dan 15 Julai bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Konsert bermula pada pukul 8:30 hingga 10:30 malam.
Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung” adalah satu persembahan pentas yang mengangkat budaya muzik dan tarian tradisional Melayu seperti Asli, Inang, Zapin, Joget, Caklempong, Gamelan dan Canggung.
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah Bunga Tanjung (Asli), Zapin Panglima (Zapin Dayung), Inang Paku Lanang (Inang), Umpan Jinak Di Air Tenang (Joget), Ala Canggung (Canggung), Merbau Caklempong, Perang (Gamelan), Rajuk Rindu (Kontemporari Zapin) dan Ghazal Seri Mersing.
Ads
Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri, seterusnya dapat menyerlahkan potensi pelajar, tenaga kerja dan sekaligus membentuk modal insan yang mampu bersaing di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung”, boleh hubungi Nazifa, di talian 011 – 61314830 atau rujuk laman media sosial rasmi Instagram @chronicleproduction23.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Congrats Justin & Hailey! Pasangan merpati dua sejoli ini telah mengesahkan perkahwinan mereka kepada umum semalam.
Justin merupakan orang pertama yang mengumumkan berita gembira itu kepada peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya. Ia disusuli dengan pengumuman daripada Hailey menerusi Twitter.
Dengan pengumuman itu ramai peminat dan rakan-rakan selebriti mereka menberikan ucapan dan reaksi gembira di laman media sosial masing-masing.
Jom kita lihat beberapa reaksi daripada mereka!
Ucapan penuh kasih sayang daripada sepupu Hailey, Ireland BaldwinKakak Hailey, Alaia turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Hailey.Orang penting di belakang karier Justin Bieber, Scooter Braun turut mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Perdana Menteri baharu Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan cuti peristiwa Pilihan Raya Umum jatuh pada hari Isnin, 28 November pada minggu hadapan.
Bagaimanapun, rakyat di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor tertanya-tanya sekiranya cuti peristiwa di negeri mereka akan jatuh pada hari rasmi bekerja Ahad ataupun Isnin sama seperti negeri-negeri lain.
Well, bagi korang yang berada di Kedah, Kelantan dan Terengganu, korang tidak dapatlah bercuti panjang bermula hari ini memandangkan cuti peristiwa ditetapkan agar sama sahaja di seluruh negara; iaitu pada hari Isnin.
Johor menetapkan hari Ahad ini sebagai cuti peristiwa setelah pasukan boleh sepaknya, JDT berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022, esok dan bakal menentang pasukan seteru, Selangor.
“Sama-sama kita hadir ke Stadum Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.
“Luaskan Kuasamu Johor. Sama-sama kita doakan kemenangan JDT,” catatnya di Facebook rasminya.
Menurut beliau lagi, cuti peristiwa ini telahpun mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ia merupakan tanda penghargaan ke atas sokongan padu rakyat Johor terhadap skuad Harimau Selatan itu.
Untung geng Johor! Ke mana korang akan bercuti panjang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, bakal mengubat rindu peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
Krisdayanti, atau mesra disapa...