Kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada lima tahun lalu, kini selebriti Korea yang merupakan penyanyi, pelakon dan penari, Bi Rain sekali lagi bakal kembali ke sini untuk membuat persembahan sempena Betadia Night di Axiata Arena Bukit Jalil.
Difahamkan, konsert yang berlangsung pada 27 Ogos ini turut menampilkan dua penyanyi tempatan iaitu Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal berkongsi pentas bersama selebriti popular Korea itu.
Andrew merupakan penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak tahun 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.
Jess Lee pula memulakan karier menyanyi selepas menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star musim ketujuh dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi serta memecah rekod pada pusingan akhir.
Ads
Apa yang menariknya, Betadia Night adalah persempahan percuma yang memberi peluang kepada peminat menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket dalam talian secara percuma.
Bagaimana caranya? Korang perlu mendaftar secara oline dan untuk mendapatkan maklumat serta cara mendaftar, ikuti laman Facebook Betadia Malaysia
Ads
So guys, kalau korang peminat Rain jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket menonton persembahan selebriti Korea ini. Rebut tiket selagi masih ada!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di sebalik ramai yang melihat remaja sebagai golongan yang perlu diberi perhatian, kasih sayang dan memahami diri mereka, timbul beberapa pertanyaan yang harus mak ayah fikirkan bersama.
Pendedahan dari Mohd Fairuz Bin Abu atau nickname di FBnya sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi bagaimana berdebarnya jantung beliau apabila dia datangi dua orang remaja yang mengajukan soalan “ kalau kita pernah rasa nak keluar dari agama Islam, berdosa tak?”.
Apa yang harus mak ayah tangani akan isu ini, sentiasalah berbual dengan anak-anak untuk kita lebih memahami mereka. Buat rakan sebaya pula, kalau ada kawan-kawan yang dilihat “ada sesuatu tidak kena”, bantulah mereka dengan memberi nasihat yang baik untuk kita sama-sama menuju Jannah Allah.
Baca perkongsian darinya yang digelar Brother Fairuz #TukangCeramahBudak-Budak
Lepas sahaja habis program, 2 orang pelajar perempuan menghampiriku. Salah seorang dari mereka berkata, “Bro, saya nak tanya satu soalan boleh?”
Aku menoleh ke arahnya. “Boleh. Inshallah. Apa yang bro boleh bantu ya?” Dari raut wajah, jelas kelihatan mata keduanya bengkak. Barangkali menangis teresak-esak ketika slot disampaikan.
Salah seorang dari mereka menarik nafas dalam-dalam. Nampak benar soalan itu berat untuk diluahkan. Aku biarkan sahaja. Beri masa.
“Err.. Nak tanya, kalau kita pernah rasa nak keluar dari agama Islam, berdosa tak?”
Allah. Berdebar jantung aku rasa saat ini. Rileks. Tenang. Fikir dalam-dalam apa yang harus aku jawab. Salah jawab, buruk padahnya. Apatah lagi, jelas kelihatan takungan air mata si penanya yang bakal tumpah bila-bila masa sahaja.
Aku pula yang tarik nafas dalam-dalam. Kemudian aku menjawab, “Jika ia hanya sekadar lintasan hati, Allah akan ampunkan. Bro yakin setiap dari kita pasti akan tertanya-tanya benar ke agama yang kita anuti ni. Betul ke Allah wujud.
Tapi percayalah, semua itu normal. Paling benting, bagaimana kita nak atasi ‘krisis’ yang ditimbulkan oleh suara hati ini.”
Beliau mendiamkan diri. Rakannya yang seorang lagi mendengar dengan tekun.
“Katakanlah, bisikan itu datang lagi. Bro cadangkan agar segera ingat Allah dan istighfar. Selagi mana kita terus bermain dengan perasaan, selagi itulah syaitan akan membisikkan rasa was-was dalam diri.”
Mereka ucapkan terima kasih. Tak tahulah aku andai jawapan itu menjawab pertanyaan mereka.
Sebenarnya, bukan sekali ini pelajar mengadu pada aku nak keluar agama. Dahulu, ada juga seorang remaja mengadu. Adik ini budak pandai, belajar sungguh-sungguh untuk hafal 30 juzuk Al-Quran.
Namun, ada satu soalan yang sering bermain dalam fikirannya, “Betul ke Allah tu wujud?”
Jika kita berhadapan dengan remaja sebegini, beri mereka harapan. Nasihat baik-baik. Jika tidak, hati mereka akan semakin jauh dari agama.
Tuan Puan, inilah cabaran anak kita hari ini. Bukan sekadar permasalahan sosial, bahkan asas akidah juga sering menjadi pertikaian dalam diri. Jika hal ini tidak selesai, maka anak ini akan membesar tanpa tahu tujuan ibadah yang dilakukan.
Itu tahan lagi. Paling saya risaukan andai mereka ini lawan agama atau declare Atheis atau nekad tinggalkan agama.
Kita yang ada anak-anak kecil, tanamkan dahulu asas akidah dalam diri mereka. Bagus ajar anak kecil solat, mengaji dan puasa. Tapi lebih molek andai diawalnya kita bentuk kepercayaan berTuhan dalam diri mereka.
Nampak awan, kata Allah yang cipta. Nampak kucing, cakap Allah yang ciptakan kucing. Bawa mereka piknik kat Janda Baik, cakap air sungai ni Allah yang bagi ia sejuk. Apa sahaja ciptaan alam ini, kita kaitkan kembali kepada Sang Maha Pencipta.
Kena mula dari awal. Jika kita langkau step ini, maka anak akan ikut sahaja ritual ibadah yang diajar oleh ibubapa atau gurunya di sekolah.
Jom jadi ibubapa yang awesome!
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Belajar dan terus belajar.
Satu lagi berita gembira buat penyanyi kesayangan ramai dan juga rakyat Malaysia.
Buat kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame berkenaan sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama Tokti sempat berkongsi berita kegembiraan ini di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah posting mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat-peminat yang sentiasa ada ketika waktu susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Untuk info, tahun ini Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019.
Pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak ia mula dibuka pada tahun 1973.
Rata-rata warga meluahkan rasa gembira dan bangga dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini.
Alhamdulillah, congrats Tokti dari majalah Remaja. Rezeki adik Aafiyah ni…hehe
Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang terkecuali dalam soal kematian, hanya tercepat atau terkemudian.
Semasa kecil di sekolah, kita diajar oleh guru agama tentang alam kubur di mana sebaik tujuh langkah ahli keluarga meninggalkan tanah perkuburan selepas kita dikebumikan, maka akan datanglah Malaikat Munkar dan Nakir yang akan bertanyakan kita soalan-soalan, berkaitan amalan yang kita lakukan di dunia ini.
Dalam kitab-kitab berkaitan alam kubur, dinyatakan bagi golongan yang hidup di dunia menurut aturan mereka sendiri seperti berbuat kemaksiatan, dosa-dosa besar dan lain-lain lagi maka alam kubur akan menjadi sempit. Sekali pukulan dari Malaikat akan terbenam di dalam tanah dan kemudian dibangkitkan kembali.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.
Sebagai hamba Allah, sudah tentu kita impikan kita selamat di dunia mahu pun di akhirat.
Bagi korang yang mahukan keselesaan di alam kubur seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, Ustaz Ahmad Dasuki ada berkongsikan 3 amalan khusus yang boleh kita buat bagi memastikan kita selesa di alam kubur kelak.
Dalam satu ceramahnya kata Ustaz Ahmad Dasuki, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.
Amalkan 3 perkara ni:
1. Baca Al-Quran sebelum subuh Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan-kawan,saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita? Insya Allah. Sumber : Fb Majlis Ilmu
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...