Seronok melihat keakraban Raja Azura dengan anak-anaknya yang kini sedang meniti usia remaja. Nampak mesra macam kawan-kawan, sentiasa happy go lucky. Ke mana saja tetap bersama.
ARTIKEL BERKAITAN : Fedtri Yahya Titip Rasa Syukur Anak Perempuan Cemerlang UPKK, Raih 8A!
Bertuah anak-anaknya dikurniakan seorang ibu yang ceria dan penyayang. Didikan Raja Azura terhadap mereka juga adalah terbaik biarpun lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Tiga anak-anak Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku ialah Megat Muhammad Raziq (21), Megat Luqman Haqim (20) dan Puteri Mia Maizura (18).
Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, yang dikenali dengan nama sebenar beliau, masih aktif dalam dunia seni sebagai pengacara, pelakon, dan penyanyi. Malah, dilaman Instagram beliau, Kak Engku menunjukkan kemesraan dan kesabarannya dalam melayan gelagat anak perempuannya, Mia Maizura, yang gemar mengusiknya.
Dalam hantaran lain pula, ibu tunggal tersebut menitipkan ucapan sempena hari lahir anak sulungnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. rata-rata memuji keakraban keluarga tersebut. Malah, ada yang mengatakan wajah Kak Engku dan anak perempuannya seiras.
‘Sama nya laa muka dorang.. jarang2 jumpa adik beradik or anak bernak muka betul2 seiras mcm ni, slalu pun iras saudara kembar.’
‘copy paste omak dia.’
‘Sebelah tu Raja Azura versi remaja.’
Pesan Raja Azura buat anak-anaknya agar sentiasa menghormati ibu bapa walau apa pun terjadi.
“Usah meminta-minta jika tidak diberi. Selalulah bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada di mana-mana. Usaha untuk menjadi hebat dan terbaik. Mama sentiasa berada dalam diri anak-anak. Mama tiada harta nak ditinggalkan, hanya ilmu yang dapat Mama berikan.”
RAHSIA AWET MUDA
“Saya tak ada amalkan apa-apa petua pun. Biasa saja, nak inject pun tak mampu… Selalunya, lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Itu pun saya pakai basic saja sebelum tidur.
Tak lupa minum air suam dan suplemen. Bila dah berusia ni kena cukup tidur, makan pun saya control sebab berat saya jenis cepat naik. Saya memang jarang makan malam.”
Pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih ligat dalam industri seni sebagai penyampai radio, pengacara, pelakon serta penyanyi. Raja Azura juga merupakan antara selebriti tempatan yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Bestnya dapat mak macam Raja Azura ni, sentiasa happy go lucky!
BACA LAGI : Anak Perempuan Santai Apabila Kena ‘Body Shaming’, Norreen Iman Syukur Berjaya Didik Anak Dengan Baik
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit Foto: Instagram YM Raja Azura