Setelah menemui pasaran pada pertengahan Januari lalu, siri telefon pintar Samsung Galaxy S21 telahpun menjadi kegemaran ramai pengguna di seluruh dunia.
Jujurnya, kami tidaklah terkejut apabila ramai memuji kualiti foto yang dihasilkan oleh telefon pintar ini. Samsung kot, tentulah fungsi lensa kameranya amat dititikberatkan oleh jenama dari Korea Selatan ini.
Sejak 10 tahun lalu, Samsung telahpun mencipta legasi siri-siri telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dari semasa ke semasa bagi membolehkan pengguna mendapatkan foto sempurna – tidak kiralah jika mereka merupakan seorang jurufoto profesional ataupun tidak.
Namun Samsung Galaxy S21 Ultra ini sedikit berbeza apabila ia meneruskan fungsi AI yang sebelum ini pernah diperkenalkan pada Galaxy Note9.
Dengan adanya fungsi AI ini, foto selfie korang umpamanya akan tampil lebih dan tajam. Ini kerana kamera selfie AI-nya akan mengesan wajah dan membezakannya dengan latar belakang terlebih dahulu.
Kemudian secara automatik, ia akan menghasilkan ‘natural enhancement’ dalam masa yang singkat. Di sini, paparan cahaya white balance pada rambut, mata dan raut wajah subjek akan diperbaiki bagi mendapatkan efek tona kulit yang lebih natural.
Selain format selfie ini, Remaja turut menggemari Samsung Galaxy S21 disebabkan oleh mod Portrait yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Live Focus. Potrait mode ini mengesan subjek 3D secara lebih dekat dan dengan efek yang lebih dramatik.
Semasa menangkap foto dengan Potrait mode ini, korang boleh memilih efek tertentu seperti Blur, Studio, High-key Mono, Low-key Mono, Backdrop atau Colorpoint mengikut keperluan korang sendiri.
Ads
Sekali lagi Samsung Galaxy S21 akan membezakan dahulu subjek dengan latar belakangnya menerusi langkah seed map, tri map dan matte map.
Ya, info in mungkin sedikit teknikal untuk korang. Namun hasilnya memang menakjubkan! Detail sekecil helaian rambut yang berterbangan juga boleh dikesan agar ia dapat dibezakan daripada latar belakang.
Satu lagi perkara yang kami gemari mengenai Galaxy S21 ini adalah ia merupakan telefon pintar pertama Samsung yang didatangkan dengan 2 lensa telephoto!
Kedua-duanya berteknologi dual-pixel dengan ketajaman 10MP. Satu dengan optical zoom 3x dan satu lagi dengan optical zoom 10x. Pergh, korang boleh zoom sehingga 100x maksimum!
Setiap vlogger, content creator dan influencer akan menggemari 3 fungsi baru dalam Galaxy S21 ini!
Ia mempunyai fungsi Director View di mana korang boleh melihat frame setiap lensa kamera semasa merekodkan video dan boleh menukar frame tanpa perlu berhenti merekod. Jika korang ingin mengubah dari lensa ultra-widde ke telephoto, korang boleh melakukannya.
Vlogger View pula membolehkan korang merekod menggunakan kamera bahagian hadapan dan belakang pada masa yang sama agar penonton kelak boleh melihat reaksi ‘on-the-spot’ vlogger.
Di samping itu, kelima-lima lensa termasuklah lensa kamera hadapan menyokong video yang direkod pada kualiti 4k 60 frames/saat. Justeru, kualiti video korang tidak akan berubah tidak kiralah korang menggunakan mana-mana bahagian kamera.
S-Pen
Jika sebelum ini, hanya rangkaian Galaxy Note saja yang mempunyai S-Pen sendiri. Kali ini, siri Galaxy S pula menyokong penggunaan S-Pen.
Ads
Walaupun ia perlu dibeli secara berasingan, S-Pen ini adalah penambahan yang berguna baggi kebanyakan pengguna telefon pintar Samsung. Sekiranya korang pernah mempunyai S-Pen sendiri daripada rangkaian telefon pintar Samsung yang lepas, pen itu juga boleh digunakan dengan Galaxy S21 Ultra ini.
SmartTag
Selalunya, barang kesayangan kita yang paling penting seperti telefon pintar mempunyai ‘kakinya sendiri’ dan akan hilang dari radar.
Nasib baiklah, Samsung Electronics telah melancarkan Galaxy SmartTag di mana korang boleh menyangkutnya bersama kunci, beg atau apa-apa barangan lain agar korang mudah untuk menjejaki telefon yang hilang itu.
Tapi pastikan ia disambungkan kepada telefon dengan fungsi ‘locate smartphone with Tag’ sentiasa. Walaupun telefon diletakkan dalam mod senyap, ia akan mengeluarkan bunyi beeping.
Jadi, kalau korang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S21 (as you should) sekarang, korang boleh mendapatkan model Galaxy S21 5G bermula harga RM3,699, Galaxy S21+ 5G bermula harga RM4,299 atau Galaxy S21 Ultra 5G bermula harga RM5,299 secara atas talian DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih kurang beberapa hari lagi siri terbaru permainan video bola speak popular dunia, FIFA21 akan dilancarkan di platform PS4, PC dan Xbox One. Namun begitu, permainan video ini khabarnya boleh dimainkan tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran (9 Oktober) untuk versi Champions Edition dan Ultimate Edition.
Apa yang menariknya dalam siri terbaru FIFA kali ini, anak jati Malaysia yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim turut diperkenalkan dalam FIFA21 ini.
Sebelum ini, Luqman juga telah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol bagi membantu kelabnya KV Kortrijk (KVK) menewaskan BX Brussel dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Kemunculannya dalam permainan video FIFA21 juga dikatakan mempunyai kelajuan dan aksi yang cukup lincah sama seperti diatas padang.
Mesti peminat permainan video FIFA dah tak sabar nak beraksi dengan Luqman Hakim kan?
Bagi pengguna tegar Instagram, kami ada berita baik untuk korang!
Aplikasi tersebut sememangnya ‘popular’ sebagai salah satu punca yang menyebabkan kita selalu kehabisan data dan bateri. Senang cerita, memang makan duit lah.
Instagram nampaknya memahami juga dilema di kalangan pengguna mereka ini dengan memperkenalkan solusi yang dinamakan Instagram Lite.
Instagram Lite
Baru-baru ini, mereka menghadiahkan pengguna dengan fungsi IGTV yang membolehkan seseorang memuat naik video melebihi tempoh seminit di Instagram. Kali ini, fungsi terbaru Instagram Lite diperkenalkan sejak 27 Jun lalu di Google Play. Ia hanya sebesar 587 kilobytes saja lalu menjimatkan bateri, kuota dan memori telefon pintar.
Buat masa ini, Instagram Lite hanya boleh didapati di Mexico sebelum ia boleh dimuat naik di seluruh dunia. Tak banyak berbeza berbanding Instagram biasa, ia masih mempunyai fungsi Insta Story dan Filter. Namun korang tak boleh menghantar mesej melalui Direct Message (DM).
Instagram Lite
Lebih menarik lagi, Instagram Lite juga compatible bagi pengguna telefon pintar adroid versi 5.0 ke bawah.
Dapatlah jimat masa akhir bulan, kan.
Sumber: Indipendent
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hokay, nampaknya bagi yang berkira-kira telefon lama dah retak cermin, skrin dah kabur-kabur, bateri kejap padam kejap ada, bolehlah buat pilihan kerana mulai hari ini, CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan 100,000 telefon pintar dengan pilihan meluas secara percuma kepada rakyat Malaysia yang mendaftar pelan pascabayar Celcom MEGA Lightning.
Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada tawaran syarikat berkenaan untuk menyokong dan menyuntik semangat positif rakyat dalam krisis penularan koronavirus (Covid-19) dengan kempen Ramadan dan Syawal iaitu #StaySafe #RamadanKu serta #StaySafe #RayaTetapBersama.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada tawaran syarikat berkenaan untuk menyokong dan menyuntik semangat positif rakyat dalam krisis penularan koronavirus (Covid-19) dengan kempen Ramadan dan Syawal iaitu #StaySafe #RamadanKu serta #StaySafe #RayaTetapBersama.
“Sebagai tambahan, Celcom turut menyediakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pascabayar dan prabayar dalam tempoh ini antaranya ialah bermula 1 Mei sehingga 24 Jun, pelanggan Celcom mengikuti perkembangan terkini dengan kandungan Nak Hadiah Raya melalui kod USSD *118*9# meliputi akses percubaan percuma seminggu bagi Muslim Kids TV, tiga lagu Ramadan atau raya dan banyak lagi kandungan digital Raya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata, Celcom juga menawarkan potongan 50 peratus bil pascabayar Celcom MEGA dan talian keluarga selama tiga bulan.
“Tawaran sah sehingga 31 Mei 2020 dan rebat ditawarkan kepada pendaftaran baharu Celcom MEGA dengan pas seperti Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop.
“Bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2020 pula Celcom menawarkan pelan dalam talian eksklusif bagi prabayar seperti pek Celcom Xpax SIM kini tersedia di Celcom Online Shop,” katanya.
Celcom merupakan operator mudah alih swasta pertama di Malaysia yang mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE.
Syarikat yang ditubuhkan pada 1988 itu mempunyai kira-kira 13 juta pelanggan setakat ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...