Berita

‘Raja Pecut’ Sukma 2024 Milik Atlet Muda Dari Johor!

Share

‘Raja Pecut’ Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi milik pelari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) di Kuching, Sarawak.

Atlet berusia 17 tahun itu merangkul pingat emas pertamanya selepas mencatat masa terpantas 10.53 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Afrina Batrisyia Dinobat Ratu Pecut SUKMA 2024!

Sumber foto: Buletin Utama

Dia menewaskan atlet dari Selangor, Danish Irfan Tamrin menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 10.60s untuk meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dari Pahang dengan catatan 10.66s.

Kredit: MSN Selangor

Menerusi saingan wanita pula, atlet muda Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal menepati ramalan apabila muncul juara 100m wanita selepas merekodkan catatan 11.64s.

Catatan itu turut memperbaharui rekod Sukma yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Kosmo!

IKLAN