Rajin Warna Dan Luruskan Rambut Lebih Berisiko Hidap Kanser Payudara

Share

Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?

Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.

Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.

Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.

Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.

Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.

Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut

Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!

Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..

Sumber : Mstar

Published by
Nana