Susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Rata-rata masyarakat mahu merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was dan gusar sekiranya mendapat picagari kosong. Walaupun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil.
Namun, kerajaan kini membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.
Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran. Jelasnya, individu terbabit juga akan menjalani proses tatatertib.
Viral sebelum ini apabila seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi. Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Sebelum ini timbul isu ‘double standard’ daripada netizen apabila para selebriti dibenarkan merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.
Sumber : Sinar Harian