Berita pemergian penghibur berbakat besar, Adibah Noor Binti Mohamed Omar pada lewat petang tadi cukup mengejutkan industri seni hiburan tanah air serta pada peminat Adibah yang mesra dengan panggilan Kak Dib.

Ini kerana Adibah tidak menampakkan sebarang tanda-tanda sedang berdepan dengan keadaan kesihatan yang merosot apatah lagi pernah bercerita mengenai penyakit kanser ovari tahap empat yang dihadapinya.

Ini memandangkan Adibah enggan berita tersebut dihebohkan kepada orang lain. Ia diakui sendiri oleh rakan selebriti, Ani Maiyuni yang juga merupakan penyanyi yang sama-sama bertanding dalam program Gegar Vaganza (GV) 2021 bersama arwah.

Rakan Gegar Vaganza 2021 Terpaksa Rahsiakan Penderitaan Adibah Noor
Ani Maiyuni.

Amanah yang dipegang oleh Ani dan beberapa rakan penyanyi daripada program tersebut membuatkan mereka tidak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan yang ditanggung oleh Adibah.

Ads

“Maaf saya terpaksa rahsiakan sebab Kak Dib meminta saya serta beberapa rakan dalam Gegar Vaganza yang tahu untuk rahsiakan (penyakitnya). Kami tak boleh uar-uarkan yang dia sedang menanggung kesakitan.

“Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.. lama dia warded

“Pelik juga kenapa dia tak keluar-keluar; kita ingatkan COVID,” ulas penyanyi Sedap itu.

Ads

Tambahnya lagi, Adibah hanya membuka kisah kesihatannya setelah ditanya secara peribadi oleh Ani. Barulah Ani mendapat tahu mengenai keadaan kanser yang dihadapinya dan pada waktu itu, Adibah baharu menjalani pembedahan.

Sepanjang berpantang, Adibah perlu berehat dan tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi mahupun sebarang undangan persembahan.

Ads
Rakan Gegar Vaganza 2021 Terpaksa Rahsiakan Penderitaan Adibah Noor
Allahyarham Adibah Noor sempat merakamkan semula lagu Suasana Di Hari Raya bersama rakan peserta Gegar Vaganza 2021 lain.

Terdahulu, berita pemergian Adibah Noor sekitar jam 7.45 petang hari ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida. Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kediaman bapanya di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Perginya Pengibur Versatil, Adibah Noor Buat Selama-Lamanya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI