Rakan Zahir Simpati, Sifatkan Arwah Awalin Tawau Paling Istiqomah

Share

Jika beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan dua kematian serentak melibatkan kematian pertama bagi COVID-19 di Malaysia melibatkan  seorang paderi dari Sarawak dan seorang lagi peserta jemaah tabligh, hari ini di pg fb Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan satu lagi kematian melibatkan seorang peserta jemaah tabligh.

Arwah diberitakan meninggal pada jam 6.27 minit petang.

dari catatan seorang pengguna fb atas nama Engku Aji, beliau memaklumkan arwah dikebumikan oleh  pihak hospital. Allah sayang pada arwah ni, antara awalin tawau paling istiqomah. Arwah  Haji  Muhammad Taufik berusia 58 tahun.

Dalam catatannya Dr Noor Hisham berkata, Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros