Orang ramai berpeluang menyaksikan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada esok hari.
Acara kemuncak tersebut akan bermula jam 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, susulan itu, sepanjang Jalan Parlimen sehingga ke arah Bulatan Dato’ Onn akan ditutup sepenuhnya seawal jam 6 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Autentik Cara Nurel Baharin, Dewi Remaja 2023 [Isu Digital Februari 2024]
Ia bagi pergerakan masuk pasukan pelambai seramai 3,650 yang terdiri daripada kakitangan kerajaan pelbagai kementerian.
“Bas-bas yang membawa pasukan tersebut akan menurunkan pasukan pelambai di sepanjang Jalan Parlimen sehingga, ke arah Bulatan Dato Onn dan diparkirkan di sekitar Padang Merbok.
“Kenderaan persendirian dan orang awam yang ingin bersama-sama ke acara tersebut boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukif Aman dan parkir di bawah Dataran Merdeka,” katanya kepada pemberita.
Sebelum acara tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dijangka menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula dari Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google