Rakyat Malaysia berpeluang memberikan penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam pada usia 86 tahun.

Upacara penghormatan ini diadakan di Masjid Negara bermula jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, memberi ruang kepada orang awam, ahli keluarga serta kenalan rapat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tokoh negara.

BACA: PM Kelima Malaysia, Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun. Al-Fatihah

Rakyat Dibenar Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Di Masjid Negara Sehingga Jam 1 Petang Ini

Menantu kepada Allahyarham, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa jenazah telah selamat dibawa ke Masjid Negara awal pagi tadi.

Ads

“Almarhum Tun sudah dimandi dan dikafan oleh pihak Masjid Negara serta dibantu oleh ahli-ahli keluarga. Sekarang ini jenazah Almarhum Tun berada di dewan solat utama.

“Walaupun kita sudah umumkan bahawa orang ramai, sedara mara dan rakyat Malaysia yang memberikan penghormatan akhir kepada Tun boleh datang bermula 10 pagi ini,”* katanya kepada pemberita.

Ads

Rakyat Dibenar Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Di Masjid Negara Sehingga Jam 1 Petang Ini

Ads

Jenazah Allahyarham dijadualkan untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Untuk info, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI