Pasti sebahagian dari kita dapat merasakan beban perasaan yang ditanggung oleh Bunga Citra Lestari (BCL) semenjak pemergian suami tercintanya, Ashraf Sinclair yang meninggal secara mengejut.
Cinta sejati antara mereka, ikatan kasih sayang yang sentiasa dipamerkan di khalayak ramai membuatkan ramai yang sebak tatkala melihat Bunga bersedih namun cuba untuk kelihatan kuat apabila tampil di khalayak ramai khususnya pada acara konsert Ronan Keating seminggu selepas Ashraf pergi. Saat menyanyikan lagu Cinta Sejati, air matanya tumpah. Ramai yang seolah merasai perasaannya.
Habis konsert, tugasnya sebagai Juri Indonesian Idol yang sudah menghampiri ke final pada saat Ashraf pergi membuatkan BCL cuba untuk bangkit demi tugas yang digalasnya.
Malah sejak semalam juga di media sosial (final berlangsung malam Isnin), menyaksikan Bunga sekali lagi menitiskan air mata malah kelihatan seperti tertunduk layu di mejanya sendiri apabila penyanyi jemputan Judika membawakan lagu single terbarunya, Tak Mungkin Bersama di malam konsert. Penyanyi Ari Lasso yang duduk di sebelahnya cuba menenangkannya dan gambar kesedihannya itu menjadi viral dan mengundang simpati orang ramai.
Namun di sebalik kesedihan dilalui oleh BCL, rakyat Indonesia termasuk rakan artis seperti Agnez Monica mengecam tindakan pihak produksi yang cuba meraih rating tertinggi apabila membenarkan Judika membawakan lagu nyanyian tersebut.
Seperti kata Agnes Monica, “Shame On Indonesian Idol”. Menurutnya Unge (panggilan manja untuk Bunga) memerlukan kekuatan untuk bangkit dari kesedihannya namun pihak produksi menjual kesedihan itu untuk menaikkan rating. Air mata yang belum kering sudah ditambah lagi.
Shame on Indonesian Idol, kak unge ini butuh hiburan dan kekuatan untuk menjalani hidup. Tapi malah dijadikan bahan komersil oleh mereka, Bang judika gak salah, cuman agak menyayangkan pihak Idol aja sih. Kasian kan, air mata kemarin masih ada bekasnya ditambah hari ini juga.
Bukan hanya dirinya tapi rakyat Indonesia turut bersuara mengenainya. Ramai yang mengecam dan beranggapan individu yang di dalam kesedihan sepatutnya diberi sokongan, bukannya untuk menaikkan rating rancangan.
Betul apa yang mereka suarakan. Orang di dalam kesedihanlah patut kita bantu naikkan semangatnya dan bukan “membunuh” jiwanya yang sudah tersakiti. So ini tanggungjawab kita untuk bantu kawan-kawan, minta mereka stay positif kalau mereka dalam kesedihan ya. Sama-sama kita bantu, bukan menjatuhkan mereka lagi. Setuju tak?