Fenomena super full moon sering kali dinanti kerana tidak dinafikan keindahannya mampu mencuri perhatian ramai. Apabila bulan penuh atau bulan baru berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (peringee), ia dikenali sebagai Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon.
BACA: Inilah Keajaiban Super Blue Blood Moon Di Seluruh Dunia..
Manakala, apabila bulan penuh atau bulan baru pada kedudukan yang paling jauh dengn bumi, ia dikenali sebagai Micromoon, Minimoon, Mini Full Moon dan Mini New Moon.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah melaporkan bahawa pada 13 Julai 2022 jam 5:09 petang waktu Malaysia, bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi bagi tahun 2022 dengan jarak di posisi perigee adalah 357,263 km.
BACA: 8 Gambar Supermoon Di Seluruh Dunia, 2019 Catat Fenomena Bulan Terbesar
Sewaktu Supermoon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga 7 peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus cerah daripada Micromoon.
Jangan lupa untuk merakamkan keindahan Super Full Moon pada petang ini okay?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Fenomena ‘Full Moon’ Bantu Kapal Ever Given Beralih Di Terusan Suez
Jika di Malaysia kita gerun dengan fenomena air pasang, kerana boleh mengakibatkan banjir besar. Namun, fenomena alam ini jugalah yang membantu kapal kargo sebesar empat padang bola sepak yang tersadai di terusan Suez. Kapal ini tersekat menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu yang akan menyebabkan rangkaian bekalan dunia tergendala dan menelan kos berbilion terhadap ekonomi global.
Untuk info, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini termasuklah mengorek tebing bagi melepaskan busur kapal yang tersangkut namun tidak berjaya sehinggalah berlakunya fenomena air pasang semasa bulan penuh pada 28 Mac baru-baru ini.
Menurut Space.com, fenomena itu dipercayai telah menyumbang kepada pembebasan kapal Ever Given kerana fenemona ‘full moon’ merujuk kepada kedudukan bulan yang berada paling hampir dengan planet Bumi.
Одна из самых обсуждаемых новостей за последние несколько дней: происшествие в Суэцком канале. Огромный контейнеровоз #EverGiven сел на мель и заблокировал канал. Сейчас прикладываются все усилия, чтобы снять корабль с мели, и восстановить судоходство.
Вот так это выглядит с МКС pic.twitter.com/ch7Gs6Mw8H
— Sergey Kud-Sverchkov (@KudSverchkov) March 27, 2021
Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), tarikan graviti bulan ketika ia memasuki fasa baru atau bulan penuh menyebabkan fenomena air pasang surut berlaku dengan lebih dramatik. Malah, fenomena bulan perigee yang dijangka berlaku pada 30 Mac ini (bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi pada orbitnya) juga dijangka akan menyumbang kepada ombak yang ekstrem.
“Kita dibantu dengan gelombang pasang surut yang kuat pada petang ini,” kata Peter Berdowski, CEO Boskalis, firma yang ditugaskan membebaskan kapal karga Ever Given.
“Kesannya, anda mempunyai kuasa alam yang menolak kuat bersama anda, dan tolakan mereka lebih kuat daripada apa yang dua kapal tunda boleh tarik,” katanya.
Jadi, ingatlah setiap apa yang berlaku di muka bumi ini ada sebab da asbabnya.
Sumber: Space.com
Awas Pak Arab “Kaki Kencing” Ini, Jadikan R&R Tempat Minta Duit & Jaja Cerita Konon Disamun
Sikap pemurah dan selalu bersangka baik pada individu yang tidak dikenali ada ketikanya membuatkan kita mudah bersimpati tatakala mendengar kisah-kisah sedih yang diceritakan.
Namun tidak semua yang bercerita itu bersangka baik sebagaimana kita bersangka baik kepadanya.
Sejak semalam tular di media sosial kisah satu keluarga Pak Arab yang sudah banyak kali menipu rakyat Malaysia dengan menjaja cerita kononnya dia disamun. Lokasi tempatnya membuat “kerja” juga adalah tumpuan ramai iaitu Kawasan Rawat & Rehat di lokasi-lokasi terpilih.
Modus operandinya mudah saja. Jaja cerita konon disamun, tunjukkan laporan polis dan kemudian minta duit tanda simpati.
Masa yang sama, dia akan pilih pemandu perempuan, orang tua dan mereka yang sudah berkeluarga (mungkin lebih mudah bersimpati dengan ceritanya). Kalau kita curiga dengannya dan mula bertanya macam-macam, dia akan mula memecut keretanya seperti mahu melanggar kita.
So awas ya korang. Walau kita selalu bersangka baik tapi jenayah ada di mana-mana.
Baca perkongsian dari seorang pengguna fb, Nur Dhila yang berhadapan dengan situasi ini semalam dan dia berkongsi cerita untuk orang ramai agar lebih berhati-hati.
Hati-hati!
Modus operandi akan tahan kereta minta duit. Dia akan minta simpati dengan pelbagai cara. Most feedback saya dapat dan saya sendiri kena. Dia akan tunjuk “report polis” (untuk yakinkan cerita dia) konon-konon dia kena ragut dan tunjuk anak bini untuk raih simpati.
We all dah pernah kena sebelum ni.
Die “aim” kereta area R&R & petrol pam. Sebelum ni dia guna Myvi putih.Kami kena masa di Petrol Pam Bukit Gantang.
Semalam.
Dia rapat kereta kami minta duit. Bila suami minta tengok detail report polis & nak call polis, dia laju tekan minyak. Nasib baik suami sempat elak. Suami syak ada yang tak kena sebab dia sembunyi telefon bimbit di alas kaki kereta tapi husband nampak (smart phone). Kata kena rompak tinggal sehelai sepinggang apa tak ada tapi ada saja telefon bimbit dan dia agak pushy.
Tadi kali ke dua, dia datang minta duit pada husband. Dia “block” kereta husband minta duit.Kebetulan husband baru alihkan kereta (hujan lebat) nak ambil saya & anak-anak di A& W Seremban sebab hujan.
Tapi husband saya cam muka pak arab (mau tak cam muka orang speeding nak rempuh die). Saya pun cam muka dia. Husband suruh dia tunggu sekejap (nak call polis tapi dia dh cabut)
Lepas ambil kami, husband nampak kereta pak arab tu himpit kereta lain (rasa kasihan sebab Honda Accord tu dalamnya perempuan) dan ada orang lain juga tengah rakam bagitahu husban Pak Arab tu tengah minta duit kat kereta tu.
Suami cuba rampas kunci kereta dan nk report polis. Tapi tak berjaya. Lepas dia cabut lari, kami sempat tanya mangsa perempuan tu. Dia kata “pak arab tu sindiket minta duit” tapi kami tak tanya detail sebab hujan makin lebat.
Husband dah buat report PLUS call centre. Hopefully pak arab ni tertangkap.
Pak Arab ni akan speeding tekan minyak tak fikir panjang. Jadi hati-hati kerana Pak Arab ni merbahaya untuk warga Malaysia. Melalui video, boleh nampak driver (Pak Arab) tu pusing stereng kereta menuju ke arah suami saya. YES, kali kedua ada niat nak merempuh husband saya).
Senang betul cari makan kat Malaysia ni kan..
Tak mustahil dia “MENJAJA” “report” die kena ragut itu untuk raih simpati pelancong asing. Pasti pelancong merasa simpati & pada masa yang sama “mark” Malaysia ni teruk/ tak selamat. BUAT MALU MALAYSIA AJE!
Dah la senang buat duit, hidup mewah hasil kebaikan dan ehsan orang Malaysia. Tapi pada masa yang sama senang-senang saja golongan ni jatuhkan maruah rakyat Malaysia.
Edit
Feedback saya dapat. Golongan wanita memandu berseorangan/ hanya bersama anak kecil yang menjadi target “keluarga” ni.
Modus operandi sama, jaja report polis, minta duit, jika tak dpt mereka akan “mendesak” dan himpit rapat pintu kereta mangsa. Pada hari yang sama, “keluarga” ini juga melakukan perkara ini di beberapa lokasi lain, Nilai.
Pelbagai jenis model kenderaan digunakan oleh “keluarga” yang sama nie iaitu Myvi, Preve, BLM, Peugeot, Exora Gold, terbaru 22/01/19 Honda City.
Hebatkan! Makin up grade kereta dia guna.
Rupanya adik saya pun dah pernah kena. Masa tu Malaysia busy perhimpunan ICERT…
Seperti biasa banyak rombongan bas membawa makcik-makcik dan nenek-nenek dari kampung-kampung untuk tujuan perhimpunan.
Maka buncitlah Pak Arab ni sekeluarga pusing keliling R&R, kutip duit dari makcik-makcik dan nenek-nenek yang bersimpati. Adik saya perhati dengan mata sendiri.
Kredit : FB Nur Dhila
Misteri 21 Orang Remaja Bawah Umur Maut Di Kelab Disiasat
17 daripada 21 orang remaja bawah umur ditemui maut di sebuah kelab dekat kawasan perumahan manakala empat lagi rakan mereka yang lain maut tidak lama kemudian di hospital, lapor media di Afrika Selatan.
Kejadian misteri remaja maut beramai-ramai yang berlaku di East London, Afrika Selatan pada Sabtu lalu itu dipercayai berkait rapat dengan pengambilan minuman beralkohol.
Peawai keselamatan kerajaan negara itu, Unathi Binqose berkata berdasarkan kain selempang dan rambut palsu yang ditemui di lokasi, kesemua mangsa dipercayai meraikan tamatnya peperiksaan pada malam kejadian.
Hasil penemuan tubuh kesemua mangsa mendapat tiada kesan luka pada mayat. Kini mereka sedang menunggu bedah siasat untuk menentukan sama ada kematian mereka ada kaitan dengan keracunan alkohol.
Memandangkan kesemua mangsa masih bersekolah, kematian 21 remaja ini dianggap Menteri Polis Afrika Selatan, Bheki Cele sebagai satu tragedi mengerikan. Turut memberikan kata-kata takziah ialah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini berada di Jerman bagi menghadiri sidang kemuncak G7.
Beliau tampil menyuarakan kebimbangan terhadap peraturan keselamatan dan undang-undang yang tidak ketat di kelab terbabit. Lalu, agensi pelesenan minuman keras serantau di sana sedang mempertimbangkan pembatalan lesen kedai terbabit dan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pemiliknya kerana melanggar undang-undang.
Untuk pengetahuan korang, Afrika Selatan menetapkan undang-undang membenarkan minuman alkohol kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
BACA LAGI : Patutlah Islam Haramkan Arak, Kajian Bukti Ambil Alkohol Rosakkan Otak Walaupun Sedikit – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.