Mungkin ramai yang menganggap bahawa penyakit hipertensi/darah tinggi adalah merupakan penyakit bagi ‘orang-orang’ tua.
Namun begitu, tahukah korang bahawa mengikut National Health and Morbidity Survey (2015), 30.3% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas menghidapi hipertensi/tekanan darah tinggi.
Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang dietitian di laman Twitternya, doktor Jazlina Syahrul
yang turut memberi pendedahan kepada orang ramai tentang penyakit tekanan darah tinggi.Bila bercakap tentang hipertensi/tekanan darah tinggi, ia takkan dapat lari daripada garam. Antara faktor risikonya adalah pengambilan garam atau lebih spesifik lagi, pengambilan sodium yang berlebihan.
Garam ada pelbagai jenis dan kandungan sodiumnya lebih kurang sama saja.
Mana datangnya pengambilan sodium dalam pengambilan harian korang? Ha, kebanyakannya daripada pengambilan makanan proses.
Saranan pengambilan sodium untuk sehari adalah 200mg = 1 sudu kecil garam
Tapi korang kena berhati-hati juga sebab sodium banyak tersembunyi dalam sos/perasa tambahan.
15ml/g = 1 sudu besar
Kalau makan kicap satu sudu besar dah hampir daripada keperluan sodium sehari. Itu belum termasuk lagi sos cili dan sebagainya.
Rujuk gambar dibawah untuk rujukan kandungan sodium bagi jenis-jenis sos berikut:
Untuk mengurangkan pengambilan sodium ini, korang boleh tukarkan dengan rempah ratus dan pilih makanan segar daripada makanan berproses.
Dalam usia yang masih muda macam ini la yang korang kena betul-betul jaga pengambilan makanan harian korang. Jangan nanti dah sakit baru nak jaga.
Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Cewah!
Sumber: Dr. Jazlin Syahrul