Jika sebelum ini, rakyat Jepun selalu dipuji kerana sikap menjaga kebersihan terutamanya selepas sesuatu perlawanan yang besar. Namun, sikap baik ini telah mula menular dikalangan rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih!
Siapa sangka rakyat Malaysia telah mempraktikkan amalan ini pada pada aksi Malaysia menentang Thailand yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Video yang dikongsikan oleh Haniff_hamzah melalui laman instagram era.je ini jelas menunjukkan penonton di Stadium Bukit Jalil bersama-sama mengumpul sampah dan membersihkan kawasan tempat mereka menonton Sabtu lepas.
Seperti yang diketahui, amalan ini memang seharusnya dipraktikkan oleh penyokong bola sepak tidak kira di mana pun perlawanan itu berlangsung.
Hal ini kerana, sikap sedemikian akan mencerminkan identiti negara sekiranya kita menonton bola di luar negara. Justeru, budaya ini perlu dipupuk agar kebersihan di negara sentiasa terjaga
Sebelum ini , Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memuat naik satu tweet yang menyeru penyokong Harimau Malaya supaya memastikan stadium ditinggalkan dalam keadaan bersih selepas tamat perlawanan.
Menurut beliau, secara tidak langsung perkara ini dapat mengurangkan kos pembersihan pasca perlawanan.
“Malam ini saya menyeru semua penyokong Harimau Malaya untuk memastikan stadium bersih sebelum pulang. Kos pembersiahn kurang, kos penganjuran juga akan lebih terkawal.
“Stadium Nasional adalah rumah kita. Sama-sama kita jaga dengan cermat,” maklumnya.
Benda dan amalan baik sebegini memang patut diterapkan pada setiap rakyat Malaysia. Kali ini penonton dan ekor Harimau Malaya memang patut dipuji. Syabas dan terbaiklah!
BACA LAGI : 8 Momen Tak Dapat Dilupakan Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Terbaik Dunia 2018!
Sumber : Facebook Zayan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.