Rakyat Malaysia Paling Banyak Muat Turun Video Pornografi Kanak-Kanak Di Asia Tenggara

Share

Ramai yang mengecam tindakan pelajar genius Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin ketika dia ditangkap pihak berkuasa di London pada 2015 kerana memiliki 30,000 imej dan video lucah melibatkan kanak-kanak. Akibat perbuatannya, dia menerima hukuman penjara 5 tahun, terkini sudah bebas dan meneruskan pengajian di UKM.

Di sebalik kisah Nur Fitri yang pernah menggemparkan negara ternyata, masih ramai “musang berbulu ayam” bersembunyi di sebalik identiti masing-masing yang memiliki imaginasi seksual luar biasa terhadap kanak-kanak.

Tidak terkejut kerana Malaysia berada di kedudukan pertama di Asia Tenggara paling banyak memuat naik video lucah kanak-kanak seperti didedahkan oleh pihak berkuasa Belanda kepada Polis Di Raja Malaysia.

Teruknya perangai! Memalukan dan ternyata ramai berselindung di sebalik identiti. Pura-pura baik di depan tetapi sebenarnya ada kecenderungan seksual yang sangat menakutkan.

Menurut laporan The Star, Pegawai Polis Di Raja Malaysia dari Seksyen Siasatan Seksual, Wanita & Anak (D11), Bukit Aman, Asistan Komisioner Ong Chin Lan mendedahkan bahawa data yang diperoleh daripada polis Belanda yang berpengkalan di Malaysia 2015 mendedahkan bahawa 17,338 alamat IP yang terlibat dengan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia tertinggi di Asia Tenggara.
Kesemua IP address ini berkaitan memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak.

184 orang kanak-kanak jadi mangsa serangan orang dikenali

Secara purata sebanyak 60 orang kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali melalui internet pada tahun 2014. Jumlah tersebut meningkat kepada 184 kanak-kanak pada 2015 dan 183 pada tahun 2016. Bagaimana pun pada 2017, jumlahnya menurun kepada 117.

Tapi apa yang amat dibimbangkan, kesemua serangan seksual ini melibatkan kanak-kanak mengenali invidivu tersebut melalui internet.

Dan aplikasi seperti WeChat, Facebook, Whatsapp, BeeTalk menjadi asbab kepada 51 peratus mangsa berusia di antara 13-15 tahun berkenalan dengan pelaku melalui aplikasi tersebut (inilah kesannya bila ibu bapa kurang mengambil berat apabila memberikan telefon bimbit kepada anak-anak dan langsung tidak melakukan pemantauan terhadap mereka).



Trend berkenalan sangat membimbangkan

Siasatan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kanak-kanak berusia antara 10-17 tahun pada 2015, 91.6 % daripadanya memiliki telefon bimbit sebelum umur 15 tahun manakala 88.5 % lagi memiliki akaun facebook atau akaun media sosial lain. Ia juga mendapati hanya 35.6 % ibu bapa yang memantau anak-anak mereka di media sosial.

Lebih membimbangkan 60 % kanak-kanak perempuan dan 40 % kanak-kanak lelaki akan terus berjumpa kenalan mereka yang mereka kenali di media sosial.

Published by
Almaswa Haji Che Ros