Kalau sudah minat namanya, apa-apa pun kita sanggup lakukan.
Tak sah kalau netizen Malaysia terutamanya K-poppers tidak menyebut nama kumpulan K-pop ataupun ahli K-pop di Twitter setiap hari. Tak sah juga sekiranya dunia K-pop tidak menjadi salah satu daripada 10 topik paling trending di Malaysia pada setiap hari!
Itulah kekuatan yang dimiliki oleh idol kegemaran korang di Malaysia, peminat mereka di sini tidak sesekali jemu untuk melayan perkembangan terbaru idol masing-masing di Twitter. Sekaligus melonjakkan lagi populariti yang mereka ada.
Menerusi satu perkongsian analisis dari akaun rasmi Twitter Korea semalam, Malaysia telah tersenarai dalam 20 negara teratas yang banyak membuat hantaran twitter berkaitan K-Pop.
Senarai yang dikongsikan juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketujuh. Negara Indonesia pula masih kekal di tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut.
Pergh, hebat tu!
Antara negara lain yang berada di lima tangga teratas adalah Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.
Pada kali ini, terdapat peningkatan rekod baharu sebanyak 7.8 bilion tweet telah dimuat naik berkaitan K-pop telahpun dikongsikan oleh pengguna secara global sepanjang tahun 2021. Hal ini sekaligus menunjukkan peningkatan sekitar 16 peratus jumlah ciapan di seluruh dunia berbanding daripada tahun sebelumnya.
Sementara itu, ini adalah 10 lagu K-pop paling kerap disebut di Twitter.
Antara kumpulan K-pop yang dimaksudkan termasuklah ENHYPEN, TXT, TREASURE, aespa dan ITZY. Perkara ini juga terbukti selepas sejumlah video muzik mereka sering menjadi trending di Youtube.
Fuh, dasyat juga penangan peminat Kpop di Malaysia ni eh…
Sumber : Twitter