Rakyat Malaysia Terlalu Obses, Remaja Paling Mudah Kena Tipu Dalam Pembelian Telefon Bimbit

Share

Jika tertinggal telefon bimbit di rumah, kita akan sanggup berpatah balik mengambilnya. Telefon seakan sudah menjadi “nyawa” bagi kebanyakan orang. Memegang telefon bimbit di meja makan juga pemandangan biasa termasuk mak ayah yang tak lepaskan peluang, seolah-olah tiada masa lagi.

Perghhh…confirm nangis kalau phone tertinggal di rumahkan…pix giphy
Disebabkan terlalu obses dengan telefon bimbit, rakyat Malaysia dikatakan sebagai pengguna  telefon bimbit ketiga tertinggi di  Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Hah! Tengok, betapa obsesnya kita dengan telefon bimbit ini seolah-olah tiada masa esok untuk melihatnya.

Banyak telefon bimbit pelbagai jenama ada di pasaran
Kalau mak ayah pun sama, jangan ceritalah golongan remaja, memang boleh “pecah” skrin sebab belek terlalu lama. Tak main games, tengok Instagram dan macam-macam lagi. Betul tak?

Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.

Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).

Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit

Pergh..memang crazykan orang kita bab phone nie…pix giphy

Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).

“Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.

“Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini,” menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.

Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini. (sumber SH – 2015).

Remaja Paling Mudah Kena Tipu

Penipuan pembelian telefon bimbit secara dalam talian semakin menjadi trend. Namun di sebalik keghairahan  membeli, kita tentu tidak begitu teliti dan begitu mudah mempercayai apa yang tertera di laman web dinyatakan.

Sumber polis memaklumkan, kebanyakan pembeli telefon bimbit terdiri daripada remaja yang membuat pembelian secara online tanpa pengetahuan ibu bapa.

Keghairahan mahukan telefon bimbit murah antara punca remaja mudah ditipu – pix giphy

Hanya pandang pada harga murah, nampak cantik, telefon berjenama, menjadikan remaja paling mudah kena tipu apabila membuat tempahan telefon  bimbit secara dalam talian.

Hari ini akhbar Sinar Harian melaporkan,  seorang wanita, Dayang Fitamma Abdullah, 25, bengang apabila rumahnya dijadikan alamat palsu pembelian telefon bimbit. Masa yang sama, dia bukan penjual dan tak pernah menjalankan apa-apa perniagaan telefon.

Alamat rumahnya digunakan oleh peniaga untuk pembelian iPhone 5 pada harga RM450 sahaja
Bayangkan, iPhone 5 hanya dijual pada harga serendah RM450 tetapi alamat digunakan adalah rumahnya di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor.
Kata Dayang, alamat rumah sewanya  telah digunakan pihak terbabit untuk menipu pelanggan. Sehingga kini seramai tiga pelanggan telah ditipu pihak terbabit menggunakan alamat rumah yang disewanya sejak Mei lalu.

“Saya kesal bila alamat rumah sewa kami telah digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pelanggan. Saya tak sangka didatangi pelanggan yang ingin menuntut dan melihat iPhone kononnya diiklankan di rumah kami,” katanya.

Menurut Dayang, kegiatan itu mula dikesan sejak Julai lalu dan tiga pelanggan yang ditipu pihak terbabit pula tinggal di luar daerah Sabak Bernam.

“Mereka datang jauh seperti dari Shah Alam dan Bagan Datoh semata-mata nak menuntut iPhone dijanjikan. Sebaik sampai ke rumah saya, mereka kecewa apabila gagal berhubung dengan penjual terbabit,” katanya.

Memang boleh jadi hulk kalau kena tipu niekan..pix giphy

Katanya, suspek juga dipercayai menukar modus operandi dengan menjual kamera bagi mengaburi pelanggan.

“Saya percaya, kegiatan ini dilakukan pihak sama untuk menipu mangsa dengan gunakan alamat rumah kami bagi dapatkan wang,” katanya.

Jelasnya, dia turut menyamar menjadi pelanggan dan pihak terbabit turut berikan nombor akaun bank untuk urusan jual beli. Saya bimbang lebih ramai tertipu dengan memasukkan sejumlah wang kepada penjual sedangkan barang dibeli itu tidak diperoleh,” katanya.

Tambahnya, tujuannya mendedahkan kegiatan itu bagi beri kesedaran kepada orang ramai agar tidak mudah beli barangan dalam talian.

Selain itu katanya, dia sekeluarga bimbang sesuatu tidak diingini berlaku melibatkan tuntutan pihak lain.

“Walaupun tak pernah berlaku pertengkaran dengan tiga mangsa penipuan terbabit, tapi saya risau kalau ada pembeli  lakukan tindakan luar kawalan terutama jika suami tiada di rumah.

“Saya nak tegaskan  kami tak pernah terlibat apa jua perniagaan di internet dan merayu pihak terbabit hentikan penggunaan alamat rumah sewa saya,” katanya.

Apa yang penting, belilah di kedai yang diyakini serta dilantik sebagai pengedar bertauliah. Itu lebih selamat dari ditipu oleh penjenayah yang “faham kehendak” dan melayan kegilaan rakyat Malaysia terhadap telefon bimbit.

Senarionya, rakyat negara ini memang suka pada berjenama, cantik dan paling penting murah harganya sehingga tak masuk akal. So berhenti belajar dari kena tipu terus ya!

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros