Macam-macam inisiatif perlu difikir bagi memastikan rakyat tidak ingkar perintah duduk rumah yang kebanyakkannya sedang dijalankan oleh hampir seluruh dunia.
Bagi Ketua Pemerintah Sragen, di Jawa Tengah Indonesia, Kusdinar Untung Yuni Sukowati berkata kepada Detik New, pihaknya meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, membersihkan rumah berhantu di tengah sawah sebagai tempat kuarantin bagi penduduk yang keras kepala.
Dia menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung yang masih ingkar dan enggan dikuarantin. Jadi sebagai jalan penyelesaian, pihak kerajaan mereka meminta untuk menempatkan mereka yang degil di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau.
Katanya lagi, tindakan ini dilakukan bagi memberi pengajaran buat penduduk yang ingkar PKP.
Pergh, tak dapat bayanglah macam mana kena bermalam di rumah kosong yang lama ditinggalkan dan berhantu. Seram!
Sampai begitu sekali pihak kerajaan perlu memikirkan jalan untuk menangani wabak COVID-19. Janganlah degil dan menyusahkan semua pihak. Beri kerjasama untuk sama-sama menghentikan penularan ini.
Sumber: Sinar Harian