Setiap negara memiliki cara tersendiri dalam menangani penularan Covid-19. Selebriti Malaysia, Wardina Saffiyah yang kini menetap di Australia berkongsi kisah bagaimana negara tersebut berjaya menangani kes Covid-19 di sana dan cara kerajaan membantu setiap rakyat yang berada di dalam kesusahan.
Dalam perkongsian bersama penulis dan aktivis, Anfaal Saari, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bercerita. “Tiada lockdown yang terlalu lama, setiap kali lockdown dilakukan ia dilakukan dengan betul dan kemudian apabila berjaya kawal kes dan kehidupan menjadi seperti sedia ada. Kejayaan itu disebabkan kerajaan tidak membenarkan virus tersebar dalam komuniti sehingga tidak boleh melakukan pengesanan kontak.
@anfaalsaariWardina kongsi bagaimana Australia mengawal penularan Covid-19 ##tiktokwanita ##kitajagakita ##malaysiabelumbebascovid19
“Walupun begitu, pastinya ada kesan terutamanya dari segi ekonomi. Kita tidak boleh membandingkan Malaysia dan Australia sebab Australia negara kaya. Mereka mampu untuk memberi bantuan, seingat saya pakej stimulus yang diberikan pada permulaannya sebanyak AUD130 billion dan ia bukannya itu sahaja.
“Semua orang percaya kerajaan dan mereka tidak perlu risau tentang bil hospital, dan jika mereka hilang kerja, kerajaan akan memberi wang setiap dua minggu. Untuk majikan pula jika mereka mengekalkan pekerja mereka, mereka ditampung dengan skim JobKeeper. Kerajaan ini ada sistem yang sangat bagus,” kongsinya panjang lebar.
Untuk pengetahuan pembaca, skim JobKeeper merupakan skim khas kerajaan Australia bagi membantu para majikan ketika pandemik Covid-19 dalam membayar gaji pekerja mereka.
Cara kerajaan Australia berfungsi juga harus dipuji. Menurut Wardina, Perdana Menteri negara itu mahu kerajaan dan pembangkang saling bantu membantu di antara satu sama lain dan berfikir bersama sebagai orang Australia.
Ujarnya,“Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, biasalah bila jadi ahli politik pasti ada orang yang suka dan ada orang tidak suka. Namun begitu sewaktu covid, Scott Morrison bekerja dengan semua orang termasuklah parti pembangkang. Mereka bekerja sama, tiada merah dan tiada biru, ketika waktu pandemik ini semua wakil setiap parti politik bekerjasama untuk membendung penularan Covid-19.”
Sumber: TikTok Anfaal Saari