Ramai bertanyakan pada sebuah posting REMAJA sebelum ini tentang bagaimana cara terbaik menjaga kecantikan kulit pada bulan Ramadan walaupun kurang pengambilan air.
Jadi setelah team REMAJA berborak mengenai cara terbaik untuk mengekalkan hidrasi kulit, penulis mencadangkan agar kita mempraktikkan penggunaan topeng muka kecantikan ataupun beauty mask pada setiap hari.
Penulis kemudian bertanyakan kepada pakar penjagaan kulit iaitu pengacara program Get It Beauty On The Road di saluran tvN Asia.
“Adakah penggunaan mask membantu orang berpuasa?”
“Ya, sudah tentu mask memberikan hidrasi bagus. NAMUN, jangan sesekali menggunakan mask lebih daripada 15 minit setiap kali memakainya. Lagi-lagi jika paket mask itu menyarankan pengguna untuk membilas wajah selepas 15 minit,” kata Kim Ki-soo.
Jadi, selama ini kita salah lah? Kita kan suka memakai mask sepanjang waktu tidur!
“Ramai remaja yang mempunyai masalah jerawat secara tiba-tiba adalah kerana mereka membiarkan produk wajah untuk tempoh yang terlalu lama.
“Cuba bayangkan beauty mask itu seperti sneakers kamu yang sudah lencun. Jika memakai kasut basah secara berterusan, sudah tentu kaki akan membengkak dan melecet. Samalah juga dengan wajah.
“Pemakaian mask untuk tempoh yang terlalu lama akan membenarkan jerawat membengkak dari bahagian dalam,” ujar jurusolek berusia 45 tahun itu.
Okay, this is new..
Seorang lagi pengacara program kecantikan itu iaitu Kim Jung-min juga berkongsikan beberapa tip kecantikan semasa bulan Ramadan dengan REMAJA.
“Disebabkan kamu tak boleh minum sepanjang bulan Ramadan, cuba elakkan daripada mengambil makanan masin atau bergaram. Ini kerana makanan seperti itu tak bagus bagi mengekalkan stamina kamu sepanjang tempoh berpuasa.
Tambah Kim Jung-min lagi, nutrien dan zat yang seimbang tentulah penting bagi kita tak kiralah semasa bulan puasa atau tidak. Namun, “Nutrien yang penting bagi menjaga kulit walaupun kurang mengambil air adalah Vitamin C. Selain itu, elakkan pengambilan zat bertentangan seperti kafein (kopi) yang hanya membuatkan kulit lesu dan menambah dahaga, katanya.
Bagaimana pula dengan penggunaan moisturizer pada waktu siang? Adakah ia cukup untuk membantu kulit daripada menjadi terlalu kering?
Menurut Kim Ki-soo, “Apabila kamu berdepan dengan cuaca panas di Malaysia sepanjang bulan Ramadan, saya nasihatkan kamu untuk menyapukan krim essence atau ampoule pada kulit wajah.
“Orang Malaysia lebih gemarkan moisturizer. Namun essence atau ampoule yang lebih tebal teksturnya baik untuk memelihara kelembapan kulit daripada matahari terik. Tambahan pula, essence dan ampoule mempunyai kandungan Hyaluronic Acid yang berkesan untuk mengembalikan kesegaran pada kulit wajah yang lesu.”
Patutlah orang Korea mempunyai kulit wajah natural yang cantik, mereka faham cara penggunaan produk kecantikan.
Jangan lupa untuk mencuba tip ini ya! Untuk lebih banyak tip kecantikan baru, jangan lupa menonton rancangan Get It Beauty On The Road musim kedua bermula 27 Mei ini (Isnin jam 11pm di Astro RIA) atau pada 31 Mei (Jumaat jam 8pm di tvN Asia).