Hobi & Minat

“Ramai Askar Bekerja Keras Untuk Melindungi Negara,” J-Hope BTS Berjaya Selesaikan Latihan Ketenteraan

Share

Pada 17 Oktober, anggota kumpulan BTS, j-hope baru-baru ini berjaya menamatkan perkhidmatan latihan ketenteraan selama 18 bulan di Korea Selatan.

Menurut laporan, j-hope atau nama sebenar Jung Ho Seok (30) merupakan anggota kedua daripada tujuh ahli kumpulan itu yang sudah menyelesaikan perkhidmatan wajib negara selepas Jin atau Kim Seok Jin menamatkan tugasannya pada Jun lalu.

Penyanyi lagu ‘Arson’ dan ‘More’ itu lengkap berpakaian seragam tentera dan beret hitam dilihat tersenyum ketika disambut oleh Jin, 100 peminat BTS ARMY yang bersorak dan beberapa wartawan di pangkalan tentera di Wonju, wilayah Gangwon.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat Latihan Ketenteraan, 4000 Peminat Bakal Dapat Pelukan Jin BTS!

“Terima kasih kepada ARMY. Saya dapat menyelesaikan perkhidmatan ini dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat”

“Apa yang saya rasakan sepanjang satu tahun setengah ini adalah ramai askar bekerja keras, mendedikasikan diri dan melakukan banyak perkara untuk melindungi negara,” ujarnya kepada mereka yang hadir untuk meraikan penamatan latihan ketenteraannya.

ARTIKEL BERKAITAN: J-Hope BTS Beli Penthouse Di Afer Hangang Bernilai RM40 Juta Secara Tunai!

Dalam pada itu, j-hope turut meminta masyarakat untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja yang sedang berkhidmat dalam ketenteraan.

Sementara itu, empat ahli lain iaitu RM, SUGA, Jungkook, V dan Jimin sedang menjalani perkhidmatan latihan ketenteraan sejak Disember tahun lalu dan kesemua ahli dijangka akan bersatu semula pada tahun 2025 selepas semua ahli menyelesaikan tugas ketenteraan mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE