Ramai ‘Blur’ Cara Untuk Pilih Insurans Kenderaan Yang Paling Tepat

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Biasalah, kalau boleh kita hendak dapatkan segalanya secara percuma ataupun pada kos paling rendah.

Lagi-lagi bila bercakap tentang insurans kenderaan, ramai yang tidak menoleh dua kali.

“Saya tak perlukannya” dan “Nantilah..” adalah antara ayat popular yang akan keluar dari mulut kita demi berjimat.

Tapi itulah, kita ni suka untuk memandu tetapi enggan meliputi aspek keselamatan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Adakah korang blur dengan cara untuk memilih insurans kenderaan yang tepat. Cer tengok empat tip yang membantu ini.

Sumber Foto Hiasan: pexels.com.

 

01

Tidak Boleh Jangka Apa Bakal Terjadi

“Better to be safe than sorry..” Betul sangat, hanya dengan berbelanja sedikit, korang sebenarnya akan lebih tenang tanpa memerlukan risiko yang boleh terjadi kepada kenderaan masing-masing di atas jalan raya.

Bukan saja ia dapat menanggung kos sekiranya berlaku kemalangan, sesetengah insurans kenderaan juga akan memberikan beberapa barangan penting seperti child seat replacement cover, miscarriage cover, window snatch theft cover dan kemalangan peribadi.

ARTIKEL BERKAITANHenti Sampai 31 Mac Nanti, Tidak Boleh Baharui ‘Road Tax’ Kenderaan Di Pos Laju – REMAJA

 

02

Tanya Kepada Ejen, Bukannya Google!

Biarpun ‘Encik Google’ kini merupakan jalan penyelesaian bagi kesemua permasalahan kita, namun ada perkara sepenting insurans kenderaan yang perlu ditanya kepada si pakar.

Ini kerana carian mengenai insurans kenderaan di internet terlalu luas. Ada yang mungkin tidak berkaitan dan tidak kena dengan keperluan korang. Pakar bagaimanapun boleh mengajak kamu untuk meneliti satu-persatu jenis insurans yang bersesuaian untuk korang saja.

 

03

Takut Berbelanja Untuk Insurans

Realitinya, insurans ini tidaklah memakan kos setinggi yang korang sangkakan. Korang boleh melihat promosi yang ditawarkan oleh penjual insurans dan pilih yang mana paling berbaloi. Kenalah berkorban sedikit demi kebaikan pada masa hadapan.

 

04

Pastikan Cepat Boleh Tuntut Claim

Setelah terlibat dengan kemalangan kenderaan, semua mangsa pastinya inginkan tuntutan insurans mereka diterima dengan mudah dan pantas. Ini demi memudahkan seseorang meneruskan kehidupan dengan kenderaan baru, sebagai contoh.

Sumber Foto Hiasan: pexels.com.

Jadi pastikan korang memilih insurans kenderaan yang benar-benar membantu. Sebaagi contoh adalahh pakej Private Care EZY Plus Bundle oleh Liberty insurance yang baru saja diperkenalkan pada bulan Februari lepas.

Pakej ini meliputi khidmat towing dan kos rawatan kemalangan untuk pemandu dan penumpang. Why not kita cuba usha.

BACA LAGICegah Sebelum Terlambat, Hans Isaac Jelas Pentingnya Ada Insurans & Lakukan Pemeriksaan Kesihatan – REMAJA

Published by
FZ