Seperti yang telah korang tonton pada episod keenam program Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad lalu, Fazreen Fazera menjadi finalis terbaru yang disingkarkan..

 

Dalam episod tersebut, finalis diberikan cabaran yang paling mereka nanti-nantikan iaitu cabaran lakonan! Haa nak sangat jadi pelakon kan, jom kami test.

Segmen awal episod tersebut menyaksikan dewi bertemu dengan Scha Alyahya yang ditemani oleh pelakon berkaliber, abang Faizal Hussein! Dewi dibahagikan kepada 2 kumpulan dan masing-masing diberikan masa untuk melakonkan sebuah babak mengikut intepretasi sendiri.

“Ramai Boleh Berlakon, Tapi Tak Semua Hayati..” – Michael Ang Tak Filter Komen Dewi Remaja

Walaupun kedua-dua buah kumpulan melakukannya dengan baik memandangkan masa singkat yang diberi, Sherin Amiri, Arena Iman dan Haneesya Hanee lebih menyerlah dari segi skrip dan cara lakonan yang mantap.

***

Tiba masa untuk cabaran maxi mereka yang memerlukan dewi untuk berlakon bersama para pelakon profesional!

Disebabkan ini merupakan task individu, masing-masing cuba untuk menghayati watak sebaik mungkin berdasarkan kepada skrip drama ‘Kan Ku Kejar Cintamu’, ‘Dendam Aurora’ dan ‘Cinta Tiada Ganti’.

“Ramai Boleh Berlakon, Tapi Tak Semua Hayati..” – Michael Ang Tak Filter Komen Dewi Remaja

Pada sesi penyingkiran episod keenam ini, Michael Ang selaku juri jemputan dan Dato Hans Isaac begitu teliti dalam mengadili lakonan dewi memandangkan bidang lakonanlah yang ingin mereka ceburi selepas ini.

Walaupun ada di kalangan mereka yang fresh off the oven, namun Michael dan Dato Hans dapat melihat potensi besar yang ada pada mereka. Antaranya termasuklah:

 

AFFIE RANIA

Honestly, tiga ayat pertama yang keluar daripada mulutnya was so bad. Tetapi bila masuk babak kedua, kamu dah mula warmed up. Pada masa itu, lakonan Rania amat spot on. Biasalah, ini selalu terjadi di kalangan pelakon baru kerana mereka terlalu memikirkan sangat teknik lakonan.” – Michael Ang

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

SHERIN AMIRI

“Yes, dia tersangkut sikit pada bahagian awal, tetapi dia tetap teruskan. Apa yang I suka bila melihat Sherin adalah dia bukan setakat terima karakter yang kita berikan, tetapi dia juga react terhadap pasangannya di dalam babak itu iaitu Fendy Bakri. She fights for her character.” – Dato’ Hans

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

TIA SARAH

She did really well! I terkejut Tia boleh bawakan watak tersebut. Bukan itu saja, daripada cara dia memegang pistol I boleh tahu yang Tia knows her space di dalam set. Muka dan intonasi suaranya juga ada ups and down membuatkan lakonannya tak mendatar.” – Michael Ang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

HANEESYA

“I tau Hanee pernah berlakon tetapi pengadilan kami masih sama. Apa yang I suka tentang dia adalah the small things she added into the scene. Benda-benda kecil macam intonasi suara semasa matanya ditutup dan mainan mata dengan Aedy (Ashraff). She was at par with him, tapi ingat, Hanee perlu tahu untuk commit pada watak sebelum dan semasa di dalam set.” – Michael Ang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

Ads

Komen dari Mike ini hadir selepas Haneesya dan Fazreen didapati tidur kerana babak lakonan mereka antara yang terakhir dirakamkan.

 

ARENA IMAN

“Arena kelihatan seperti seorang pelakon profesional di dalam kamera. Daripada cara psikotik dia membawakan watak dan wajah, memang on point. Tetapi Arena perlu ingat lakonan bukan setakat close up shots pada muka saja. Badan pun kena jaga, iaitu body language berdasarkan skrip.” – Dato’ Hans

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

***

Sekarang, korang dah tahu kan siapa bottom 2 pada minggu keenam ini.

FAZREEN

First off all, tahniah kepada Faz kerana saya tahu dia mencuba bersungguh-sungguh. Tetapi di situlah kelemahannya, dia terlalu terikat dengan skrip sehinggakan babak tersebut terlalu 1 dimensional. Kadangkala, ada part di mana gerakannya terlalu over the top. Sebagai pelakon, less is definitely more. Kita kena react kepada keadaan di sekeliling set.” – Dato’ Hans

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

Ads

ANNA

“Anna masih perlu banyak lagi belajar. Masalah dengan Anna adalah dia terlalu monotone. Ingat, dialog pertama yang kamu sebutkan adalah dialog yang paling penting. Sama ada penonton akan ingat kamu atau tak, ia bergantung kepada dialog itu. Anna dan peserta lain perlu tahu bahagian skrip mana yang paling berkesan semasa membacanya. Di situlah tempat kamu untuk punch!” – Michael Ang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on

 

Apabila tiba waktu penyingkiran, Dato Hans berkata Anna amat, amat bertuah kerana terselamat pada minggu ini. Lalu, Fazreen merupakan peserta keenam yang meninggalkan pencarian Dewi Remaja.

“Ramai Boleh Berlakon, Tapi Tak Semua Hayati..” – Michael Ang Tak Filter Komen Dewi Remaja

“Tentunya Faz tak berpuas hati dengan prestasi lakonan sendiri untuk cabaran kali ini. Ironik juga kerana Faz amat menantikan cabaran lakonan dan catwalk. Tetapi nasib tak menyebelahi Faz pada minggu ini.

“InsyaAllah Faz akan mengambil kelas lakonan selepas ini dan akan terus menceburi bidang lakonan,” katanya selepas sesi tersebut.

We will be seeing more from you, Fazreen!

 

* **

Apapun, Michael bukanlah sekadar ‘membasuh’ Dewi dengan komen dan pendapat. Tetapi sebagai seorang pengarah drama berpengalaman, Michael ingin mereka semua untuk cepat menangkap trik untuk menjadi seorang pelakon yang baik.

Cer tengok pesanan Mike di bawah..

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI