
Gaiss, penulis dah tahu ke manakah destinasi makan tengahari korang esok.
Tidak lain tidak bukan, KFC Malaysia!
Okay sebelum korang merungut, “KFC lagi?!”, ketahuilah bahawa esok satu promosi hebat bakal mereka lakukan sempena tarikh istimewa 20.02.2020.
Hanya untuk hari esok, KFC Malaysia menawarkan promosi 2 set Snack Plate pada harga RM20 sahaja. Dua ya, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Dan setiap pelanggan boleh menebus maksimum sebanyak 3 kali. Okaylah itu, brunch-tea-supper. Hiks!
Cara untuk menebus promosi ini amat mudah. Korang hanya perlu tunjukkan poster ini di kaunter semasa membuat pesanan.
Seperkara lagi, terdapat beberapa cawangan KFC Malaysia yang tidak terlibat iaitu cawangan Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.
Camila Cabello Geram Dengan Peminat Yang Bocorkan Lagunya

Antara cabaran terbesar penyanyi pada masa kini ialah masalah cetak rompak dan sharing yang berleluasa dalam masa singkat di pelbagai platform di Internet.
Melihat dimensi baru industri muzik yang telah berubah secara mendadak dalam 10 tahun kebelakangan ini maka tidak hairanlah ramai artis memilih untuk tidak mengeluarkan album fizikal. Mereka lebih cenderung untuk mngeluarkan single demi single di atas talian menerusi platform penstriman muzik.
Dengan pelbagai peranti rakaman yang kini juga terdapat di dalam telefon pintar, artis kini semakin tidak selamat untuk melindungi hak intelek mereka daripada dibocorkan.
Begitulah yang berlaku terhadap penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Havana’, Camila Cabello. Terbaru Camila telah melahirkan rasa kecewanya kerana ada pihak yang membocorkan lagu terbarunya yang masih belum dikeluarkan secara rasmi. Luahan tersebut dilakukan menerusi laman Twitter miliknya namun ia kemudian dipadamkan.
BACA: ONE DIRECTION Reunion Semula Selepas Liam & Louis Dilihat Bersama?
Menurut laporan Just Jared Jr, Camila berkata, “jika korang melihat mana-mana tweet yang sharing ‘leaked songs’, tolong jangan share. Jika ia belum dikeluarkan secara rasmi oleh penyanyinya ia memang belum siap sepenuhnya. Jika korang peminat saya, tolong jangan share mana-mana audio yang dibocorkan itu”.
Walaupun Camila telah memadamkan tweet tersebut namun peminat setianya pantas memberikan respons sokongan dan kata-kata perangsang kepadanya.
Salah seorang peminat Camila berkata, “Kita perlu ingat bahawa orang yang membocorkan hasil kerja Camila melakukannya bukan untuk memberikan kebaikan tetapi ia akan merosakkan kariernya. Sebagai peminat Camilia kita tak seharusnya terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti tidak bertanggungjawab seperti ini”.
Malangnya ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku kepada Camila. Single solo pertamanya juga pernah dibocorkan di atas talian pada awal tahun 2017 yang lalu. Ia juga turut berlaku terhadap lagu ‘Scar Tissue’ yang dibocorkan terlebih dahulu daripada tarikh sepatutnya ia dikeluarkan.
Hasil kerja pemenang Artist of The Year VMA tahun ini sentiasa mencuri perhatian ramai dan inilah caran yang harus dipikul olehnya. Semoga Camila tak putus semangat untuk terus mengeluarkan lagu-lagu hebat untuk peminatnya.
Suho EXO, Haha Running Man, dan Sandara Park Antara Selebriti Korea Yang Kumpul Dana Untuk Kanak-Kanak Di Gaza

Beberapa selebriti terkenal Korea Selatan bakal berpartisipasi dalam mengumpul dana untuk kanak-kanak Palestin yang terkesan dari serangan Zionis Israel.
Acara yang dihoskan oleh anggota SES iaitu Bada, Eugene dan So Yu-Jin ini bakal berlangsung pada 11 Mei di laluan pejalan kaki di Taman Sukan Songjeong, Seongdong-gu, Seoul.
Setiap dana yang terkumpul dari Green Heart Bazaar ini akan disalurkan dengan memberi makanan bernutrisi, berkhasiat, air minuman dan kebersihan buat kanak-kanak di Gaza menerusi Kempen Bantuan Kecemasan Gaza UNICEF.
Antara selebriti yang turut terlibat dalam kerja amal ini ialah Haha Running Man, Suho EXO, Sandara Park, So Yoo-jin, Kwon Eun-bi, Kwon Hyuk-soo, Nayoung, Aiki, Ahn Hyun-mo, Jo Kwon, Jo Se-ho, Chuu LOONA dan ramai lagi.
Semoga melalui usaha ini, ia dapat membantu kanak-kanak di Gaza, Palestin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jangan Pandang Remeh Bila Kad Pengenalan Hilang, Ini Nasihat Penganalisis Jenayah

Ala…IC tak ada pula dalam dompet ni!
Siapa pernah hilang kad pengenalan atau lebih senang di panggil ‘IC’ ini sila angkat tangan sikit!
Okay, sebenarnya penulis pun pernah je hilang purse yang ada IC dekat dalamnya dulu. Hehe! Tapi awas ye,jangan pandang ringan apabila kad pengenalan korang ini hilang.
Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim mengakui kehilangan dokumen pengenalan diri itu mampu mengundang pelbagai lagi masalah lain seperti penyamaran, penipuan identiti, mendapatkan khidmat percuma secara curang dan juga pemalsuan dokumen.
Menurutnya, jika kehilangan itu disebabkan bencana seperti kebakaran, ia tidaklah membawa apa-apa manfaat kerana kad tersebut telah musnah dan tidak boleh digunakan sama sekali
Mengulas lanjut, Kamal Affendi juga tidak menolak kemungkinan kad pengenalan yang hilang itu juga dijual kepada pendatang asing atau sebagainya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, masyarakat seharusnya perlu lebih peka dalam menjaga keselamatan kad pengenalan yang mengandungi data peribadi mereka dan juga lebih bertanggungjawab sekiranya menjumpainya di mana-mana untuk diserahkan kepada pihak polis ataupun kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
“Jadi mereka yang kehilangan kad pengenalan perlu segera membuat laporan kepada pihak berwajib agar tidak menjadi mangsa penipuan dan sebagai.
“JPN juga perlu memainkan peranan mereka berhubung kesan daripada kehilangan kad pengenalan ini dengan menguar-uarkan dalam bentuk poster digital bagi edaran media sosial untuk membuka mata dan minda masyarakat tentang pentingnya penjagaan keselamatan terhadap dokumen rasmi tersebut,” jelasnya.
Wah bahaya juga ye jika kad pengenalan kita hilang. Guys, please jaga IC korang tu elok-elok. Bukan apa, takut nanti ada strangers gunakan details IC korang yang hilang itu dan buat transaction palsu. So, better berhati-hati ye!
Sumber : Sinar Harian