“Ramai Orang Kerja Keras Tetapi Masih Miskin,” – Trevor Noah Kecam Nasihat Kim Kardashian Buat Wanita

Share

Baru-baru ini Kim Kardashian telah mengeluarkan satu kenyataan yang menimbulkan kecaman dalam kalangan warganet. Menerusi temubualnya bersama Variety itu, bintang realiti tersebut berkongsi mengenai rahsia dan tip untuk berjaya.

Ujarnya, “Saya ada nasihat untuk wanita dalam bisnes, angkat diri kamu dan berkerja keras. Kelihatannya tiada siapa yang mahu bekerja kebelakangan ini. Kelilingi diri anda dengan orang yang mahu berkerja. Elak persekitaran kerja yang toksik dan munculkan diri untuk melakukan kerja.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kim yang juga seorang ahli perniagaan berjaya mengguris hati banyak pihak. Terutamanya seolah-olah wanita masa kini tidak cukup berkerja keras dalam kehidupan mereka.

Pengacara dan juga pelawak popular, Trevor Noah dalam satu siaran menerusi The Today Show antara yang membincangkan isu ini. Dia menyatakan yang dia faham kenyataan tersebut dari sudut pandangan Kim Kardashian.

Kredit foto: Instagram Traver Noah

Namun dia turut menyatakan yang Kim juga tidak memandang perspektif itu dari sudut berbeza, kerana tidak semua orang bertuah sepertinya.

“Ini adalah satu perkara yang Kim tidak faham, perkara itu boleh jadi satu hal yang merendahkan untuk memberitahu wanita yang punca mereka tidak berjaya kerana mereka terlalu malas untuk mengangkat diri mereka dan bekerja keras.

“Ya, Kim Kardashian bekerja keras tetapi tahukah anda siapa lagi yang bekerja keras? Kebanyakan wanita! Namun apa yang mereka tiada adalah tuah  seperti Kim yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan ayah sebagai peguam terkenal dan juga bapa tiri yang merupakan Olimpian, dan semua hubungan yang dimilikinya yang hadir hanya kerana dilahirkan dalam keluarga seperti itu.

“Fikirkannya, jika anda bertuah untuk memiliki kelebihan itu, maka ada peluang cerah untuk kerja keras anda menjadikan anda orang yang berjaya. Tetapi jangan lupa tentang berapa banyak tuah yang menyebabkan punca kejayaan tersebut,” ujarnya panjang lebar tentang isu tersebut.

BACA JUGA: Kanye Diserang Simptom ‘Ex Tak Boleh Move On’? Hantar Setrak Bunga Pada Kim Kardashian

Kim dan Kourtney bersama mendiang bapa mereka, Robert Kardashian yang merupakan peguam yang kaya dan ternama. Kredit foto: Instagram Kim Kardashian

Menambah lagi tentang isu tuah, jejaka berusia 38 tahun ini menyatakan yang ramai orang lupa tentang perkara ini.

Kongsinya lantang, “Sesiapa sahaja yang cakap, hanya kerja kuat, semuanya akan menjadi. Orang tersebut lupa yang satu komponen penting untuk berjaya adalah tuah. Ramai orang bekerja keras namun masih susah, malahan jika orang itu lagi susah sebenarnya ada kemungkinan mereka telah bekerja lebih keras.”

Ada benar yang dikatakan oleh Trevor, satu nasihat itu harus melihat dari banyak persepektif. Kita tidak boleh pukul rata tentang sesuatu isu terutamanya tentang kerja dan kejayaan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen