Pernah tak semasa naik kapal terbang, berlaku goncangan yang kuat ketika pesawat melanggar awan tebal sehingga kita merasakan seolah-olah kapal terbang dinaiki akan terhempas.

Biasanya juruterbang akan mengumumkan agar semua penumpang memakai tali pinggang masing-masing dan duduk di kerusi bagi mengelakkan kecederaan berlaku.

Goncangan udara atau disebut turbulence ini pastinya membuatkan ramai penumpang panik kerana dalam tragedi nahas udara, jarang mangsa terselamat bila berada di atas 30,000 kaki berdasarkan tragedi-tragedi nahas udara sebelum ini.

Ads

Sebelum ramai panik dan kecut perut untuk menaiki kapal terbang, ini 9 fakta tentang turbulence yang kaki melancong kena tahu.

Ramai Panik Saat Pesawat Langgar Awan Seolah Pesawat Akan Terhempas, Faktanya Turbulence Tak Bahaya Pun!
Ramai panik saat pesawat terlanggar awan hingga mengakibatkan goncangan kuat

 

Ads

1- Umumnya turbulence tak bahaya pun : Kadang-kala turbulence berlaku dalam penerbangan dan pastinya saat mengalaminya, ramai penumpang berasa takut dan berasa tidak selesa. Ada berbagai tingkat dan jenis turbulence yang disebabkan oleh sejumlah faktor . Ini kerana di langit, ada arus naik dan turun, arus termal termasuk Clear Air Turbulence (CAT) atau dalam bahasa mudahnya, turbulence udara cerah yang mana faktor ini berlaku dari kecepatan dan arah angin yang berubah dengan cepat.

  1. Cedera akibat turbulence berlaku tapi sangat jarang : Federal Aviation Administration menyatakan sekitar 58 penumpang pesawat alami luka  akibat turbulence setiap tahun. 2/3 jumlah itu adalah pramugari dan penumpang yang tidak memakai tali pinggang saat turbulence berlaku. Ikut kiraan kes hanya 20 orang dari 800 juta penumpang yang terbang di Amerika Syarikat alami luka khususnya pada ketinggian 30,000 kaki atau lebih di udara.
  2. Pilot biasanya tahu turbulence akan berlaku : Dalam banyak kes, pilot biasa sudah dapat mengagak akan berlakunya gejolak udara di depan mereka. Sebab itulah tanda memasang tali pinggang diberi lebih dahulu agar penumpang lebih bersedia. Pilot mengetahui hal ini kerana laporan cuaca sebelum penerbangan, radar kokpit dan laporan dari pesawat yang sudah melalui kawasan turbulence.
  3. Namun ada fenomena Clear Air Turbulence : Turbulence udara cerah adalah turbulence paling berbahaya. Ini kerana fenomena ini berlaku di langit tidak berawam dengan pemandangan yang sempurna. Masa yang sama, CAT ini tiada tanda-tanda dan kebanyakan kecederaan adalah disebabkan oleh CAT ini.
Ramai Panik Saat Pesawat Langgar Awan Seolah Pesawat Akan Terhempas, Faktanya Turbulence Tak Bahaya Pun!
Di dalam penerbangan ada ketikanya cuaca tidak terjangka dan penumpang harus bersedia dengan semua kemungkinan
  1. Frekuensi turbulence udara cerah semakin meningkat : Memandangkan pemanasan global semakin berlaku, frekuensi atau kekerapan untuk terjadinya turbulence udara cerah semakin meningkat. Para ilmuan berpendapat, keadaan dunia pada masa kini meningkatkan risiko ini berlaku dua kali ganda dari sebelumnya.
  2. Turbulence tidak akan sebabkan pesawat terhempas :-  Satu hal yang perlu difahami, turbulence tidak akan mengakibatkan pesawat jatuh terhempas. Goncangan kuat berlaku tapi tak akan sampai buat pesawat terjatuh ya. Ini kerana kapal terbang telah dilengkapi sistem yang lengkap untuk apa jua cuaca dan keadaan.
  3. Juruterbang sudah dilatih menghadapi turbulent : Untuk mencegah atau menghadapi turbulence, juruterbang telah dilatih untuk mempelajari keadaan cuaca, membuat perencaan tepat, memilih route perjalanan yang tepat dan tahu bagaimana untuk menenangkan penumpang yang cemas saat berlaku kejadian ini.
  4. Perhatikan tanda pemakaian tali pinggang : Ramai ambil sikap tidak pedulikan saat tanda pemakaian tanda tali pinggang terpancar. Ramai ambil remeh dan menganggap tidak penting. Seharusnya penumpang harus  peka dengan semua situasi dalam pesawat.
  5. Ada teknologi membantu pesawat hindari turbulence : Sejumlah kapal terbang sedang menguji teknologi canggih yang dapat membantu pesawat menghindari turbulence dengan menggunakan laser ultraviolet dengan menguji getaran udara di depan pesawat.

Jadi jangan bimbang yang tentang turbulence kerana ianya tidak berbahaya jika kita mengikut arahan seperti memakai tali pinggang saat disarankan memakainya.

Ads

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI