Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh oleh ramai pihak sehinggalah timbul isu pemilikan bayi beruang matahari oleh seorang penyanyi perempuan berusia 27 tahun, minggu lalu.
Pada tahun 2017, sebanyak 272 spesis hidupan liar telah didaftarkan di bawah kategori ‘Dilindungi Sepenuhnya’ seperti yang termaktub dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Itu bermaksud hidupan liar ini tidak boleh dikeluarkan dari habitat asal untuk apa-apa tujuan kecuali untuk pemantauan khas dan kajian saintifik oleh pihak berkuasa dengan kelulusan ketat.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) iaitu Abdul Kadir Abu Hashim berkata, proses membawa keluar itu juga tidak semudah yang disangka.
“Perlu ada kebenaran dan permit khas yang hanya boleh ditandatangani oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,” kata beliau kepada rakan media di Berita Harian.
Lantas apabila isu pemilikan bayi Beruang Matahari di Sentrio Suites Condominium di Desa Pandan Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu timbul, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berada di situ.
Beruang yang mengeluarkan kepala dari tingkap seakan-akan ingin melarikan diri mendapat perhatian para penduduk kondominium setelah ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Hasilnya, PERHILITAN telah menahan pemilik dan Beruang Matahari itu di kediaman tersebut atas waran pemilikan hidupan liar tidak sah serta tidak memiliki dokumen pemilikan sah.
Menurut pemilik yang juga merupakan penyanyi, Zarith Sofia, dia menjumpainya di tepi jalan dalam kondisi lemah serta pada mulanya mengingati beruang tersebut merupakan seekor anjing. Menurut NST, Zarith masih dalam siasatan manakala Beruang Matahari itu sedang dalam penjagaan di ibu pejabat PERHILITAN di Kuala Lumpur.
Beruang Matahari memang comel tetapi ia bukanlah binatang peliharaan ya gaiss.
Selain Beruang Matahari, terdapat 9 lagi hidupan liar yang sering dijadikan binatang peliharaan sama ada secara sengaja (melalui perdagangan tidak sah) atau tanpa sengaja. Antara yang ‘popular’ termasuklah..
Burung Kakatua Jambul Kuning
Burung Sun Conure
Kucing Hutan (Macam Akar)
Monyet Yaki
Monyet Surili
Musang Pandan
Burung Hantu Tyto Alba
Semua Spesis Burung Helang
Landak Jawa
Mengkira
Cerpelai Ekor Pendek (Short-tailed Mangoose)